Bismillahhirrahmannirrahim...........................................................................................................
bersangkabaik......itulah yg ku dengar,kupelajari dan berusha meletakkannya hingga ke dasar hati yg paling dalam.tidak mudah meyakinkan sekeping hati untuk bersangka baik bila tersingkapnya kehidupan seorang insan lain d depan kita apatah lagi jika ianya bertentangan dengan kehidupan yg kita lalui tetapi tidak juga mustahil untuk memujuk hati bersangka baik.
bila anak anak yg yg ku asuh dan membesar d depan mata,yang kulakarkan corak putihnya pada warna warni kehidupan.......seadanya ku harapkan lakaran warna yg terhasil memancarkan warna warna harmoni.Tidak terlintas d hati meletakkan dunia itu satu sandaran keutamaan apatah lagi berpaut padanya,sekadar rezki yg berkat,merasa cukup wlau bgmpun bentuknya yg datang.
Apalagi yg harus ku katakan,bila anak gadisku meminta persetujuan pada lamaran yg datang padanya,serasa dunia ini tidak menyebelahiku,telah ku doakan mereka sejak dalam kandungan lagi,ku doakan juga pasangan hidup mereka melalui jalan yg sama seperti kehidupan yg ku pilih, sekurang kurangnya punya persamaan bgm melihat jalan hidup ini,bagaimana melaluinya dan memperjuangkn segala aspek kehidupan dalam kebulatan islam.anak anakku,kita bukanlah pejuang agama yg hebat tetapi ummi ingin kita mujahadah meletakkan diri kita yg fakir ilmu agama dalam suasana yg hampir dengan jalan jalan menuju allah,lantaran itu harapan seorang ibu mengharapkan yg hadir itu dapat membimbing dn bertegas pada kelemahan kamu dalam soal ibada,sesuatu yg ummi sendiri sukar melakukannya.masih teringat awal kemasukan anak anakku ke menara gading,telah ku ingatkan pd mereka agar tidak terjebak dengan alam percintaan kerana kita tidak tahu siapa yg allah pilih utk kita,sangatlah menyedihkan bila bercinta dengan orang lain dan berkahwin dengan orang lain,itu belum lagi bab dosa hati kerana cinta itu biarlah halal,contohi je para alim ulamak yg bercinta selepas nikah.ummi juga berpesan agr kamu jauhi mereka yg berada atau dlm kategori orng kaya kerana tidak pernah ummi temui golongan ini yg mahu melihat islam itu sebagai satu cara hidup,mungkin itulah kesilapan ummi bersangka yg tidak munasabah hanya berdasarkan pengalaman hidup dan alasan kukuh ummi untuk itu agar kamu menghampirkan diri dengan golongan yang sekufu dengan kita yang benar benar amalkan hidup sederhana..................................................................................................
sekufu,itulah yg ummi inginkan agar anak anak ummi dapat melalui kehidupan dengan lebih mudah .takdir allah mengatasi perancangan manusia,bila yang datang itu berbeza dengan kita dari segi cara hidup,berfikir termasuklan pandangan politik,sangat sangat membawa ummi bangun d sepertiga malam,berbicara dengan pencipta kita mencari jawapannya malah adakalanya bertanya, benarkah takdir ini.mana mungkin seorang ibu sanggup memaksa anaknya mengikut kehendaknya sesuka hati kerana belum tentu kehendakku satu jaminan bahawa anakku akan bahagia hingga ke akhirnya.ku serahkan pada allah walau menerima dan menolak itu dua duanya sering berebut tempat d hati ini,ku sedari kesombongan yg bertakhta d hati,menilai orang lain tapi lupa menilai diri sendiri,ku serahkan padamu ya allah kerana diri ini yakin pasti sesuatu yg engkau takd irkan tetap akan berlaku juga yg penting ku doakan yg terbaik untuk kehidupan anak anakku.
31 ogos 2013,berlangsunglah pertunangan anak sulungku dengan pilihan hatinya,ku buka seluas luasnya pintu hati ini utk bakal suami pada anakku.moga silaturrahim yg bakal terjalin membawa kami semua ke jalan taqwa
Comments