rumah berdinding buluh berlantai buluh
odu dan aki,(nenek dan datuk),insan yg penting dalam hidup ini,mereka berjiwa luhur,semangat waja wlau dalam hidup yg serba kekeurangan. mereka menanam padi,menuainya dan menyimpannya dalam pondok buluh yg besar,cukup utk bekalan setahun.Untuk mendapatkan air mereka mencari air mata air d kaki bukit d manapun tanah yg mereka teroka kerana waktu itu amalan pertanian pindah masih berlaku.itulah rutin kehidupan datuk nenek ummi d zaman yg tdk ada tv dan,radio,kepayahan menanam kecekalan hati merentasi lautan hidup.
masih segar dlm ingatan ummi bagaimana seronoknya berada dlam rumah buluh,berlantai buluh berdinding buluh,rumah itulah yg mereka dirikan secara gotong royong dan kami mendiaminya bersama empat keluarga yg besar,odu dan aki ,pakcikku bersama anak anaknya,juga adik beradik datuk nenek ummi dengan lapan orang anak mereka termasuk ummi dn adik beradik,betapa meriahnya suasana yg ramai itu dan suasana itulah yg membuatkan penghuninya lebih bertolak ansur,memahami satu sama lain,tidak pernahpun tercetus pergaduhan.masih teringat ketika berlaku gerhana bulan,odu meminta kami semua mengetuk benda benda yg bolh mengeluarkan berbunyi agar naga yg menelan bulan akan memuntahkn bulan itu kembali.sangat sangat menghibur mendengar pelbagai bunyi yg terhasil.
pada setiap malam jumaat,odu dan aki akn kembali ke kampung setelah menghabiskn masa d kebun dn masa berada d kampunglh mereka menjalankan upacara ancak.d sudut rumah telah tersedia meja dn kerusi yg d saluti kain putih dn atas meja itulh mereka sdeakan makanan utu santapan makhluk halus,sangat kelakar d waktu pagi ummi dn cucu yg lain berebut makan hidangan tersebut,biasanya telur atau ayam.aki buat upacara itu utu mengobati orang yg datang tapi lebih kerap untuk mentafsir mimpi.tidak timbul rasa takut pada smua itu walaupun tidur dalam bilik yg d lakukn upacara kerana ummi membesar dgn melihat itu semua.
Wlaupun itu kehidupan nenek moyangku,begitu bersih hati yg mereka miliki kerana tidak ada sebarang pengaruh negatif dalam masyarakat,begitu suasana bolh mempengaruhi cara berfikir dan bertindak anak anakku,samada hitam,putih atau kelabu.....pastikan kamu berada dlam suasana yg mendorong diri juga hati utk terus istiqamah melaksanakan ibadah.
Comments