walimatulurus
bismillahhirrahmanirrahim..................................................................
19.4.2014 tarikh majlis walimah d sebelah pihak lelaki dan kita smua datang sebagai tetamu meraikn kakak juga suaminya.selesailah tanggungjawab ummi dn abuya melaksanakn tugasan ibubapa bila anak anaknya ke gerbang perkahwinan.
terkenang majlis walimah ummi dn abi,amat sederhana dan itulah juga yg ummi impikan utk kamu,sederhana dalam segala aspek kehidupan yg kita lalui kerana ummi tahu pasti segala urusan dunia ini akan ada hisabnya di sana nanti akan d pertanggungjawabkan setiap apa yg telah kita buat,terasa sukarnya mengamalkan ilmu kerana kehidupan ini bukan hanya kamu dan ummi yg wujud dan selebihnya kerana hati kita yg masih hebat mencintai dunia.
antara adat,kecantikan,ukhwah dan keperluan sukar d bezakan sukar juga meletakkannya d tempat yg sepatutnya,begitu kukuh adat d pertahankan,walau tidak bersalahan dengan akidah tidak juga salah dari segi perlaksanaan ummi mencari cari pengertian ibadah d sana,bertanya pada diri tersasarkah seorang ibu dari landasan,malah untuk smua yg kamu lalui,ummi bertanya pada diri di mana telah ummi letakkan kamu anakku?.
banyak yg kita rancang bersama ,alhamdulillah ummi akui kamu membantu ummi dalam setiap apa yg ummi lakukan malah utk perkara yg kita tidak sependapat akhirnya kakak akur dengan kehendak ummi tetapi tidak smua perancangan ummi juga abi berjalan mengikut kehendak ummi kerana ada kehendak yg perlu kita perhalusi atas nama ukhuwah terutamanya majlis pertunangan.ingin sangat ummi lakukannya dalam suasana tertutup di hadiri ahli keluarga kita sahaja,ummi abi juga anak anak ummi kerana ini satu permulaan perbincangan.bila sahaja hasrat itu d ketahui,smua ahli keluarga membantah sekeras kerasnya,seolah olah ummi meminggirkan mereka dan tidak menghormati kedatangan rombongan pihak lelaki.wow.....pelbagai andaian sebenarnya yg membuatkan ummi akur ,Selagi tidak melanggar syariat apasalahnya ummi menjemput mereka smua dan sehinggalah ke majlis perkahwinan akak,ramai orang yg ingin membuat keputusan utk ummi.
bersendiri d malam hari,ummi mohon keampunan pada allah yg maha pengasih lg penyayang atas keterbatasan diri meleraikan yg sia-sia.moga segala urusan dunia yg kita tempuhi bersama membawa hati hati kita yg lemah muhasabah apakah majlis yg kita laksanakan ini betul niatnya kerana allah,perlaksanaannya bertepatan dengan syariat dan tetap terus melakukan perkara asas dalam ibadah terutamanya solat 5 waktu ketika sebok dgn urusan hablumminannas,jika smua itu tidak kita lakukan akan sia sialah segala perbuatan kita anakku,redho allah yg kita cari dalam setiap urusan dunia yg kita tempuhi.
anak anakku,bukan hanya rumah semata mata yg ingin kita dirikan tapi binalah rumah yg d dalamnya ada kasihsayang,kerinduan,tolakansur,pengorbanan dan rahmat allah,smuanya kita mulakan dari majlis walimah itu sendiri kerana majlis itu satu ibadah anakku jangan kita cemari dengan perkara yg allah tak suka.selebihnya d luar kemampuan kita,mohonlah keampunan dari allah atas kelemahan diri juga hati kita,moga taufik dan hidayah sentiasa ada utk kita.
Comments