upacara memagar rumah
assalammualaikum anak anakku........................................................
hari ini bila ummi baca kat fb,pagar rumah dgn surah al_kahfi,ummi teringat bagaimana kita memagar rumah, wow.....sangat meletihkan membuat persediaannya tapi kita tak ingatpun nak amik gambar masa tu.biarlah ummi ceritakan peristiwa kita memagar rumah.
seorang ustaz syorkan kita pagar rumah dan bermulalah bila ustaz tu menyenaraikan barang barang yg perlu kita sediakan,mujurlah kak.ngah tengah bercuti semester waktu itu dan ummi serta k.ngah berusha mencarinya.antara barang barang itu ...........garam kasar, hampir seguni,habbastus sauda 1 kilo,limau purut 3 kilo,sukarnya mencari limau purut waktu itu hanya ada seorang yn menjual kat pasar dn cukup cukkup 3 kg,lada hitam sekilo,paku 7 in 7 batang,minyak wangi malaikat subuh 14 botol,lada kering,arang dan tungku tempat letakkan arang utk d bakar juga air tadahan wudhu dari 7 kolah masjid.
7 gelen kita sedeakn utk mengambil air tadahan wudhu,barulah tahu betapa susahnya mencari air kolah kerana rata rata masjid tidak sediakan kolah dn abi mengambil air kolah sehinggalah ke melaka.habbastus sauda pun banyak d jual kat kedai india,rata rata yg d jual olh orang melayu telahpun d proses dn harganya cecah beratus ringgit kat kedai india,belum proses lagi hanya 18rm sekilo.
pada malam kita nak mulakn acara itu,ustaz telah datang dengan 5-6 orang pelajar dari sekolah tahfiz,bermula selepas isya mereka mula menaburkan garam kasar d seluruh pelusuk rumah luar dan dalam .kelamkabut kita kemas barang barang terutama peralatan elektrik kerana tak pernah melihat sebenarnya acara itu,kita menutup smua barang barang dlm rumah dgn kain bimbang akan rosak terkena garam.mereka mencampurkan garam itu dgn air kolah masjid,meletakkan lada hitam,limau purut habbastus sauda juga minyak wangi ,dengan campuran itulah mereka simbah keseluruhan rumah kita termasuk dinding rumah bilik juga beranda dan kita yg duduk berkumpul kat ruang tamu waktu itu juga d simbah dgn air garam, menjerit k.ngah terperanjat.
mereka telah mencari empat penjuru d hujung tanah kita dan memaku paku itu ke tanah,d antara penjuru d cantumkan dengan campuran air garam tersebut dn mereka azan pada setiap penjuru paku itu d pacak.ummi seronok mendengar azan yg tak henti d laungkn olh para pelajar tu bermula dari setiap penjuru rumah sehinggalah ke penjurru tanah,mujurlah jiran jiran kita faham azan yg berkumandang bersahut sahutan d malam hari, kerana ada jiran yg telah melakukn acara pagar rumah sebelum berpindah masuk ke dlm rumah lagi.
ketika acara membakar lada kering yg d asapkan pada setiap ruang rumah dan juga luar rumah,kita berlari masuk dalam kereta dn hidupkn air con ,asap yg memenuhi rumah sangat menyesakkan....sukar utk bernafas tambahan pula yg d bakar itu lada kering,asapnya juga pedas...........tak terbayang langsung.
sehingga 12 mlm upacara itu berlangsung dan segala garam kasar dgn rempahratusnya kita kena biarkan sehingga 3 hari dalam rumah tak bolh sapu, seksanya....terasa lekit seluruh badan dgn aroma garam dn rumah kita memang berbau wangi selepas itu. kita juga d minta membakar lada kering pada setiap penjuru kawasan yg telah d pakukan setiap hari pada waktu petang juga pagi dan itulah sebabnya kita kena beli tungku agr mudah nak letakkn arang dn bakar ladakering kat api yg telah hidup ,kalau dapat lihat arah angin agar asap yg terhasil mengarah ke rumah kita dn segala jin yg menumpang kat rumah akan tersakit dgn asap trsebut,mereka akn pindah ke tempat lain.sungguh nampak mudah tapi kita tak lakukan pun ,bukan mudah nak hidupkan arang tersebut.
satu satunya pantang larang,jangan sampai orang yg berniat jahat tahu kat mana paku itu d tanam andai paku itu d buang atau d titiskan darah,batallah pagar rumah yg kita buat dan kena buat sekali lagi.tidak.....tidak ,ummi pon dah lupa kat mana paku paku itu d tanam.selepas tiga hari,membersihkan sisa sisa garam yg mula mencair juga sangat meletihkan,satu rumah d bersihkan tapi hasilnya memang sangat bersih,semut pon tak ada,tak tahan dgn garam lah tu.
semua itu kita lakukan setelah ummi jatuh sakit yg sangat misteri,hasil pemeriksaan dna d hospital mengatakn ada sesuatu yg yg tak kena ,setelah 2 tahun berulang alik k hospital,dr masih gagal mengesannya,apapon yg ummi harungi,ummi serahkan segalanya pada allah .hidup dan mati ini dalam janji allah,kenapa harus takut dgn kematian kerana mati itu pasti datang,kita berusha mengisi kehidupan menjadi hamba allah yg bertakwa.
bantulah hambamu ini ya allah,panggillah diri ini setelah taubat ku d terima.anak anakku bagaimana pun usaha kita utk utk sembuh dari segala penyakit atau menjauhkan keluarga kita dari gangguan jin,semua itu hanya alat,sptmana obat yg kita makan,itu hanyalah satu bahan ciptaan manusia selebihnya allah yg menyembuhkan.usaha tetap usaha kemudian tawakkal,walaupun hasilnya tidak seperti yg kita harapkan itu tandanya allah masih mahu kita terus berusaha dan berdoa juga meletakkan pengharapan padanya.allah itu maha pengasih lagi maha penyayang
Comments