pilih kasihkah ummi

dgn nama allah yg maha pengasih lg maha penyayang...............................................................

hi...hi..hi....ha....ha...ha....ho....ho.......menyentuh bab ini adalah soal kasihsyng yg adakalanya sukar utk kamu fahami krna ummi tahu pasti bukanlah kamu anakku yg memiliki kelebihan kasyaf dlam kata lain pandang tembus,mampu membaca isihati insan d depanmu dn krna itu kefahaman itu perlu d  perolihi melalui bait bait bicara ummmi.

hmmmm.................................pastilah  tidak sekalipun ummi merasakan ada pilihkasih d hati ini malah ramai ibubapa d luar sana spt ummi juga,yg ada hanyalah kelemahan seorng ibu menyatakn sejelas-jelasny kpd seorng anak kenapa dia mengambil tindakan yg berbeza antara anak anaknya.keadilan itu buknlah bermaksud bertindak  sama rata pada semua anak anaknya,bagi ummi keadilan itu berasaskan keperluan pada tiap individu tapi berlandaskan hukum allah.tak perlulah ummi bahas dari pengertian segala bagai,itu bolh je kamu perolihi dari ustaz yg brtauliah ,ummi fokus pd citer tntng kamu krna itulah juga yg kamu ingin ketahui kan...kan...kan

anak sulungku.............................ummi  mndengar ketidak puasan hatimu itu tntng kasih yg terbagi-bagi ini,betapa tegas n garangnya ummi menghadapi akak,abang n k.ngah,ummi akui itu.satu masa dulu....satu waktu dulu ummi juga seorang ibu muda yg punya harapan membentuk peribadi anak anak yg mahu utk berdikari ,utk itu ummi membesarkan kamu dgn disiplin harian yg tegas semata-mata tidak mahu melihat ank ummi merupakan anak anak yg manja,bermula kamu lahir ke dunia,telah ummi letakkn kamu dlm jadual  yg tetap , bila sampai  jam 10 mlam ummi pastikn kamu berada d bilik tido,baca doa,tutup lampu dan tak bolh bercerita...ummmi juga yg bertindak tegas mengarahkan kamu bertiga siap sedia utk solat brjemaah bila sampai waktu maghrib  ummi jugalah yg memastikan kamu belajar d rumah pd waktu mlam malah kamu smua tidak d izinkan menonton tv kecuali hari sabtu dan ahad.smua peraturan itu telah ummi sampaikan pada kamu dgn penuh ketegasan krn ummi mahukan ketaatan yg sepenuhnya dlm apa juga peraturan yg telh ummi kehendaki dlam rumah kita dan akk sbg anak sulung telah ummi pastikn patuh sepenuhnya sptmana ummi katakan, akklah kepala keretapi pd gerabak d belakang,sekaali kepalanya terbabas akan tergelincirlah juga gerabak d belakang,bukan mudah melaksanakan disiplin dgn penuh kelembutan pada anak anak yg hanya selang 1-2 tahun beza usia, hu...hu...hu.....

anakanakku...................tahun berlalu,seorang ibu juga berubah dari waktu k waktu,bila  disiplin telah mula sebati dlm jadual harian kamu,tidak perlulah ummi terus prtahankan tegas pada setiap tempat,tak perlulah ummi tunjukkan wajah garang n bengis lagi dan tiga orang anak ummi yg hadir kemudiannya tidak melihat betapa garangnya seorang ibu memastikn disiplin itu itu berjalan n hidup dlm dairi kehidupan mereka krna  mereka hanya melihat  abang juga kakaknya sbg contoh teladan.bila akak berkata ,ummi tak marahkan adik adik....bukanlah krna ummi ini pilih kasih tapi tak ada keperluan lagi utk marah bila mrk sendirinya tak menonton tv d mlm hari hnya mencontohi akak juga abng yg akn menghadap buku buku sekolah  malah yg blum brsekolahpun pd waktu itu akan mencari buku juga walaupun hanya utk melukis krna tlah trbentukpun suasana pembelajaran d rumah tapi memulakan itu smua tidak semudah tika memastikan disiplin itu terus berlangsung.

begitulah anak anakku,seorang ibu juga punya kelemahan diri, yang pasti d hatinya ada kasih,ada sayang dan juga cinta yg tebal dan tulus yg beza itu cara bgm nak pamerkan krn anak anak juga punya sikap yg berbeza,ada yg peramah,pendiam dan ada juga yg suka buat lawak cam abang ngah,bgm ummi mahu memarahinya dgn serius jika akhirnya lawak selambanya buat ummi ketawa,marah yg tak jadi bukanlah krn pilih kasih tapi ada waktunya sikap seorang anak  yg patuh n kelembutan pd wajahnya bolh mencairkan kemarahan seorang ibu.kita sambung bicra ini d halaman lain anakku,dah sampai waktunya ummi nk rehat.

salam sayang anak anakku.selamat malam

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN