syawal yg d nanti

assalamualaikum anak-anakku..............................................................................

syawal itu berlalu begitu sahaja di zaman kanak kanak ummi,mungkin kerana  sekampung adalah golongn  mualaf termasuklah emak,datuk,nenek dn moyang ummi,mereka lebih meraikn  pesta menuai tetapi segalanya berubah dgn perkembangan media massa,hari ini lebaran telah d sambut dgn meriah sekali dan d usia remaja, ummi telahpun tahu membuat biskut dan membuatnya sendiri hingga larut malam.
bergelar isteri pada abuya,lebaran itu juga d sambut berbeda wlaupun ketika itu ummi masih menjadi penghuni negeri d bawah bayu.

sehari sebelum hariraya,ummi telah kemaskan segala kelengkapan kita smua utk bermalam d madrasah,kerana d sanalah ummi dn anak anak seramai 3 orng waktu itu menghabiskn masa.mlmnya kita bertakbir bersama pelajar asrama yg menghuni madrasah juga sahabat sahabat dn penghuni sekitar madrasah,d sanalah juga kaum ibu n bapa bergotongroyng menyediakan juadah d pagi raya.sangat berbeza sambutannya anakku  kerana aspek ibadah sangat d jaga wlaupun sedang meraikan kemenangan d bulan syawal.pagi raya......wlaupun dalam bilangan yang agak ramai,tidaklah menjadi satu kesukaran ketika menghidang juadah raya kerana kita smua makan kat dulang dn itulah juga yg ummi lakukan utk kamu...makan kat dulang sesama adik beradik,cuma akhir akhir ini kita dah tinggalkan tradisi itu,ummipun kurang pasti kenapa itu berlaku, mungkin kerana gaya hidup kita yg telah jauh berubah.

selesai sembahyang sunat hariraya,ummi bawa kamu smua mengunjungi rumah rumah yg mengadakn open house,biasanya sampai ke malamlah kita melaksanakan ziarah,alhamdulillah...kamu seperti faham je tak pernahpon menyusahkan ummi d sepanjang ziarah yg berlangsung.hariraya ke tiga,ummi akan kembali k kampung halaman ummi bertemu dgn keluarga,d sebabkn keluarga abuya jauh, kita tak jumpalah dgn atok time raya tu.hari ini d bumi johor,sambutan raya juga berbeda,d akhir ramadhan kita sekeluarga  menuju ke rumah atok...emak abuya,biasanya kita berada d sana antara 4-5 hari.d sanalah kita berkampung dgn smua pakcik dan makcik juga sepupu sepupu kamu,wow sungguh besar kluarga abi dan ummi dapat rasakan betapa aura engineer pakcik pakcik kamu telah mempengaruhi anak anak ummi juga sepupu kamu utk meneroka bidang itu.
bersama dlam keluarga besar inila sudah cukup utk mendidik diri kita sendiri saling memahami,bertolak ansur dan berkerjasama antara satu sama lain.perkara yg palin ummi sukai d hari lebaran adalah sesi kita berbaris seisi kluarga bersama atok ,ipar duai dn anak sedara utk saling memohon maaf dan memaafkan sesama ahli kluarga krna sesungguhnya pasti kita ini telah melakukan salah dn silap,dah namanya manusia.

salam lebaran anakku





Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN