Berlepas ke hokaido

Bismillahirrahmanirrahim.....................
senyuman seorang anak penawar hiba seorang ibu.itulah hakikatnya anakku,setiap ibu mahukan anak anak hidup bahagia dan senyuman yg terukir d wajah adalah gambaran lukisan hati sedih atau sebaliknya.senyumlah anakku walau ada gundah.
Jam 5 petang,3hb 4 2015 kita tiba d lapangan terbang klia,sesampai d sana telahpon ada kawan abang ngah .awalnya ummi menyangka mereka nak k distinasi yg sama rupanya sahabat d zaman sekolah menengah dahulu,brbual seketika dn ucapkn slamt jln mrk brtolak balik k mersing juga panchor sblum maghrib.
Selepas tunaikn solat maghrib,muncul sahabat karib abang ngah sejak darjah 1 hinggalh darjah 6.Tu dia gambarnya anakku pasti kamu nengenali emir.
sungguh tak menyangka emir akn berada d airport dari petang sehinggalah abng ngah pergi dr pandangan mata.sedari darjah satu hingga darjah enam,ummi melihat mereka membesar bersama
.kamu sendiri tahukan anakku bagaimana begitu prihatinnya ummi melihat dengan siapa kamu brsahabat,ummi masih mengenali siapa sahabat sahabat kamu anakku.
Gambar atas tu ketika brbaris nak bording.lawak sangat,emir juga brdiri kat sana.ummi sendiri tak tahu pasti bila akan melihat kelibatnya muncul d depan rumah kita lagi kerana emir juga akn teruskn pljrn ke uk bulan september ni.

Gambar kat atas ni,abng ngah dah masuk ke dalam brsama dgn rakan rakan dr intec yg akn brtolak jam 11mlm nanti.kita melihatnya dari atas.ketika ini emir sedang memanggilnya dari atas nak selfie dgn abng ngah.

Selesai urusan abng ngah,kitapon makanlah kat secret resepi tu.8 orang je pun yg makan bayarannya cecah 300rm.manalah ada makanan murah kat air port.nasi lemak yg ummi makanpon 10rm sepinggan sayangnya makanan mahal ni sering tak memenuhi citarasa ummi.wajib syukur atas apa je rezeki yg Allah berikan pada kita,dgn rasa syukur itulah Allah tambahkn rezki atas hambanya.
Alhamdulillah,selesai urusan abng ngah ,bila emir brtanya apakah ummi menangis,tidak anakku, kerana ummi telahpon menangis dlm sendiri ummi.
Bila kembali ke rumah,mengemas bilik abang ngah,begitu trsentuh hati ini melihat gitar,piano dn segala bagai barang abng ngah yg tinggal.ummi akan menjaga nya anakku,belajar dgn tenang ye dan teruslah jadi orang yg bertakwa apalah nilai nya segulung ijazah jika iman dan takwa terbarai anakku.
kita carilah dunia,pandang lihat dan genggam tapi jadikan itu satu laluan utk kita genggam erat akhirat anakku.
Dunia ini tempat menabur benih menuai hasilnya d akhirat.

Selamat malam anakku.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN