Gitar dan motor
Assalamualaikum anak anakku............
Gitar dan motor...dua duanya ummi iklankan kat uthm shop semalam.tumpang je kat fb k.ngah,itulah bagusnya uthm,ada shop utk kita iklankn apa je barangan yg hendak d jual.iklan tanpa d kenakn byran.
pada awalnya nak jual je motor akak,dah tak ada orang nak guna.
Itu dia gambar motor akak,esok fateh ajiad dah dewasa bolh tengok gambar motor yg abuya belikn utk akak masa blaja kat uitm,bila dah guna motor p kuliah,naik berkilo kilo berat badan sbb dah kurang prgerakan.betolkan kakak pipah.....
trsasul pula,akhirnya abi nk jual motor afiq,motor brwarna hitam tu,beli masa abang blaja kat terengganu.bolh jual mahal sikit,abang pula tak kisah...maklumlah tengah brjuang habis habisan nak dapat dekan,sasaran nak blaja ke Australia.tak fahamlah ummi,nape nak pi o.sea.
kedua dua barang dlm keadaan baik,d jaga dengan kasih sayang.itulah kata kata kat iklan pada gitar n motor..
Berjela pm yg ummi dapat brtanyakan motor n gitar.sungguh tak d sangka,berpuluh orang ingin membeli gitar...huhu,bila dah begitu tetiba sayang pula nak jual gitar tu.abang ngah sembunyikn dari ummi ketika membelinya, takutlah tu kena marah,maklumlah panjanglah soal siasat seorang ibu bila melihat anaknya balik ke rumah dgn gitar d bahu.akhirnya abang ngah beritahu dia beli gitar tu kerana nak tolong seorang sahabatnya,anak yatim yg brusaha mncukupkn duit belanja utk menyambung pelajaran.mendengarnya...tak jadi nak marah.harga gitar tu kat kedai 600rm dn abng ngah beli separuh harga.
Ummi pandang gitar..dan ummi simpan kembali.klau d jual,sebok lagi nak beli yg lain.kadang kadang sukar memahami kehendak anak muda,walau ummi pernah lalui nya,ummi cuma brharap kamu tetaplah d jalan yg benar,bertegaslah d jalan yg lurus wlau harus membayarnya dgn kesakitan kerana kekal d jalan yg bengkok,sakitnya brpanjangan,hati yg kebimbangan,sukar merasai perasaan bahagia anakku.
Salam zuhur anakku.
Comments