marhaban d bulan syawal 2015

Bismillahirrahmanirrahim...........................

Assalamualaikum anak anakku......
Ramadhn dan syawal,bulan yg d penohi dgn kesebokan namun berbeza pengisiannya.Ramadhn bulan ibadah dan syawal itu ummi sndiri tidak pasti bgm mahu menyatakn nya,kerana yg d lalui sepertinya pesta makan d sana sini.gambar kat bawah,ketika ummi dn k.ngah hadiri majlis marhaban kat rumah kenalan.ini rombongan kaum hawa.

spt tahun tahun sblumnya,abi nak buat open house,kat joho d sebut marhaban,sbg isteri wajiblah membantu melaksanakn harapan suami,wlau selalu juga malas nak sediakn prlbagai prsediaan yg ummi rasa meletihkn,namun harus d buat dgn sepenoh hati juga, tandanya kita memuliakn tamu krn rasulullah sgt memuliakn tamu anakku.

Gambar kat bawah,ketika sdg brselawat atas nabi

keletihan brganda yg d rasakn thun ini kerana hnya k.ngah dn abng kat rumah ,seorng kat hokkaido,kuala lumpur,melaka dan larkin,Allah sdng melatih ummi biasakn diri brjauhan dgn anak ank krn hakikatnya begitukn anakku,kamu juga akn punya kehidupan sendiri.
 Sedaya upaya ummi cuba juga sediakn dua jenis hidangn.seawal pagi,ummi p kedai yg brhampiran,beli ayam dn keprluan lain krna ummi nk masak nasi lemak  brlauk dn meehon sup.Dari awal lagi ummi dn abi dah sepakat nk buat marhaban kecil kecilan je.7 ekor ayam d beli,rasanya sepanjang hari brbuat kerja,brhenti utk solat dn makan je.taklah letih mana memasak,yg letih itu kerja kerja sampingan,utk sediakn desert,mengeluarkn periuk belanga dari stor dan bersihkn segala bagai pralatn yg hendak d gunakn,maklumlh dah trsimpan lama dlm stor juga almari....hihi...wajiblh d sucikn dari segala sentuhan cicak,lipas dan semut.
Sampai masa tetamu ummi datang,wow....x tersangka,sedikit yg d jemput,datangnya melebihi hidangan yg ummi sedeakn.penoh doa d dlm dada yg brdebar,moga setiap orang dapat makan wlaupon sedikit.Hadirnya tetamu yg tidak  d undang membawa keberkatan,tetamu tetap sbg tetamu ,mrk membawa keberkatan Allah pada tuan rumah seandainya kita meraikn siapapon yg datang.
Begitulah anakku,bila nak buat majlis marhaban bawalah prsediaan hati dn fizikal.trsenyum wlau letih,trsenyum wlau hati gundah gulana melihat juadah yg mungkin x cukup krn bukan smua kenalan yg brtamu itu,fokusnya pada makanan semata mata,masih ramai yg mahu brtandang krna silaturrahim yg tlh trjalin.Dan trsenyumlah walau  dengan kelemahan kita sbg hamba,ada prasangka d sanubari trhdp insan yg brdiri d dpn mata,sesungguhnya kelebihan seorng insan,kejujuran hati seorang sahabat ,hnya Allah yg tahu.Bersangka baik ,itu amalan orang soleh.
Alhamdulillah, Allah selalu membantu hambanya,jika d letakkan rasa khuatir itu d sisi Allah.Anakku,menjemput jiran tetangga,kenalan dn sahabat handai ke rumah satu usaha merapatkn jalinan ukhwah,buat dgn hati yg gembira kerana , itu juga ibadah.satu cara utk dptkn kasihsyng Allah,mudahnya melalui jalan jalan utk kita meraih pahala.
Ummi pelajari sesuatu yg baru pada setiap kali majlis marhaban d adakn d rumah,satu peluang utk kita kenal pasti kelemahan diri dan prbaikinya dari masa ke masa,dn setiapkali itulah juga ummi brsemangat mencuba resepi yg baru.yeaaaah.....hidup ini memang indahkan anakku.
selamat mlm anakku.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN