Monyet...maafkan ummi

Bismillahirrahmanirrahim.....
Satu pagi ummi d kejutkn dgn kehadiran seekor monyet.tetamu yg tidak d undang ini berlegar legar d halaman rumah,bergayut d palang besi.
Ummi cuba takut takutkn monyet itu dgn penyapu dari dlm rumah,sebaliknya dia brtambah galak,menunjukkn gigi giginya yg tajam cam pontianak.haha ummipon tak prnah trserempak dgn makhluk tu.ummi buka pintu cermin dan sembur monyet tu dgn ridsect ...dia cuma brundur selangkah tapi semakin mengganas,menggoncang kan pintu besi kat depn rumah tu.sungguh monyet dpt menangkap ketakutan yg ada d dlm hati ummi hingga dia berani sewenangnya mengganggu.kalau dia kelaparan,brpuluh pokok buah yg sedang ranum brbuah d belakang rumah namun masih mahu menjadikn kereta dan palang besi d dpn rumah sbg tempatnya bristirehat.
Ummi telefon bomba,selang 2 jam masih belom sampai,sedang c monyet semakin seronok membuka kabinet kasut dn menyusun kasut itu kat atas bumbung kereta,bila dia mula menyentuh bahan cecair yg ada kat dlm kabinet,hati ummi sudah tidak tenteram kerana d sana ada minyak n mancis.
Ummi pi belakang rumah dan mencari buluh yg panjang,dgn semangat yg kuat ummi mahu prtahankn rumah ini walau masih menggeletar brdepan dgn sang monyet.
Bermula prtarungan...ummi keluar rumah dgn buluh yg panjang d tangan dan sungguh monyet itu kuat anakku.malah dia menentang ummi mahu prtahankn wilayahnya,ummi tak henti memukulkn sekuat hati ,monyet juga cuba merampas dn menggigit buluh itu namun keberanian lah yg menggerunkan seekor mo yet.Dia berundur akhirnya,d saat itulah jbtn perhilitan datang,ketika ummi dah brlaku kejam pada seekor monyet.apa yg tersisa satu perasaan brdosa dgn kekejaman ini.ummi tunduk sujud pada Allah mohon keampunan.ampuni hambamu ya Allah.
Satu yang ummi pelajari,manusia itu akn brtindk agresif bila merasa trancam . kelembutan mahupun sopan santun  tak dpt d guna pakai pada semua perkara .bila mengingati pertarungan  sesama manusia pertahankankn kuasa....apakah mampu iman dan taqwa brtahan?
Inilah monyet yg buatkn ummi trasa sngt brsalah.
Salam dhuha anakku


Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN