Hari pendaftaran asasi undang undang uitm

Bismillahirrahmanirrahim......

KEMASUKAN BULAN 12.
...............................................

9.12.2015  hari pendaftaran adik kat uitm,asasi undang undang.gambar kat bawah .cantikkan.....
Adik...batch pertama yg merasmikan kampus baru ini.

Pengambilan bulan 12.lengang je,dah ramai yg masuk ketika pengambilan bulan 7.tak kisahlah asalkn adik dapat teruskn hasratnya blaja undang undang,sanggup tinggalkan matrik kat melaka aliran sains tulen, semata mata minat kat law.

PERSEDIAAN AWAL

1.Baju kurung putih.

brsungguh ummi jahitkn baju kurung warna putih utk adik,itu yg trtulis dlm dlm surat tawaran,wajib mngenakn baju putih dn kain gelap....x ada sesiapapun yg brpakaian putih spt adik.gambar kat bawah ni, ketika mendaftar.

2.persediaan segala dokumen yg d minta dalam surat tawaran seperti salinan sijil yang telah di sahkan. Surat lahir ayah, wajib ada.  surat lahir abuya hilang, kena buat semula di jabatan pendaftaran.


3.barangan peribadi seperti selimut, alas tilam, keperluan alat mandi dan yang utama alat alat keperluan untuk solat. 

Selesai daftar,amik barang dari kereta,jauh juga tempat letak kereta mujur pakaian dn makanan ringan juga segala bagai alat keperluan dlm beg beroda.
Senior asasi  brtugas tolong angkat barang.alhamdulillah.
Ini dia asrama adik,ada lif...ke tingkat atas
Bilik air.ada 3 bilik tidur ,sebilik d huni 2 orang dn mrk brkongsi tandas ni.


Meja blaja...kat ruang tamu.asrama ni lbh pd konsep apartment.cantik...maklumlah kolej baru


Ini dia bilik adik.jirannya dari kedah.selesa utk 2 orang tapi agk sukar nk solat dgn ruang yg sempit itu


Seboknya ana membantu kakak nya mengemas.
Dah siappon mengemas...patung patung je yg memenuhi katil adik


Dah siap kemas.menuju ke cafe...wow ...cantik,luas dn bersih.makanan juga murah,yg penting x ada lalat yg mengerumuni


Ini dia bunga tembaga suasa kat hadapan cafe,ummi suka dgn kehijauannya

Sessi brgambar adik kat depan bangunan pentadbiran

Keseluruhannya..asasi law yg baru ini sangat bersih dn keselamatan plajar wanita trjaga dgn kwsn asrama d pagar tinggi.pendaftaran pon hnya amik masa 5 minit ,tak ramai orang mungkin kerana kemasukn bulan disember



Surau.segala kemudahan ada d sana,pekan dengkil brhampiran dgn uitm...bolhlah shoping barang keperluan.
Walaupon tergolong dalam second intake dah tinggal satu semester berbanding rakan rakan yg lain, Alhamdulillah masih berpeluang berada dalam aliran yg d kehendaki. Terlalu sukar utk bertahan kat aliran sains kerana minat ke arah law juga. Sekiranya permohonan Law tak di terima, tentulah redho yg harus di pujuk ke sanubari.

Selesai kat dengkil...ummi brjumpa dgn cucu trsayang kat kl di the curve .


Selamat malam anakku

Comments

Nik said…
Salam,nk tanya masa awak masuk tuu ada ramai ke org yg masuk saing awak?and berapa ramai tuu agak2?and awak extend satu sem iye berbanding pelajar yg masuk masa sesi 1?
Nisa said…
Walaikumsalam.lebihkurang 150 orang, smuanya student law. Kos lain pengambiln pd buln 6.sy x extand, lewat sbb blajar kat matrik mlaka 1sem.x minat alirn sains sbb tu mohon law masa brada kat matrik n brhenti bila dpt twrn asasi law.
Nik said…
So awak belaja satu sem je?
Nisa said…
1 sem kat matrik. 2 sem kat asasi klau nk tamat. Seminggu lg daftar sem 2.nk apply asasi law ke, kena minat sejarah😁
Nik said…
so maknanya awak habis lambat dari pelajar yg masuk sesi 1 laa kan?haah mmg nk apply asasi law second intake nanti.
Nisa said…
rajinlah cari info iklan second intake.moga brjaya
Nisa said…
rajinlah cari info iklan second intake.moga brjaya
Nik said…
This comment has been removed by the author.
Nisa said…
Ada. 3 hari je
salasah said…
minimum result kalau nak masuk asasi second intake ni berapa ya?
Nisa said…
5 kepujian. Sejarah, Bi n B. M wajib A
Nisa said…
This comment has been removed by the author.
Lisa said…
saya baru apply second intake uitm dan sekarang saya belajar di matrik. berapa keputusan spm awak ye? saya dapat A untuk compulsory subjects seperti bi dan sejarah
Nisa said…
Spm sy 5A je. Aliran sains tulin,cuma subjek sains dpt B, saya lebih minat pd sejarah,sbb tu sy tinggalkn matrik beralih arah ke asasi law. Alhamdulillah skrng dah ada kat fakulti law uitm .
Unknown said…
Salam,saya nak tanya adakah kawan2 awak yang dapat Asasi law untuk second intake tu(sains tulen) dapat b untuk subjek yang lain.saya apply second intake tapi takut sebab chemistry sangkut
Nisa said…
Majoriti kawan sy sains tulen mcm sy tp yg penting bi dan sejarah wajib A. Klau dah rezki, insyaAllah dapat tawaran
Nisa said…
Majoriti kawan sy sains tulen mcm sy tp yg penting bi dan sejarah wajib A. Klau dah rezki, insyaAllah dapat tawaran
Nukilan daniel said…
Saya dah dapat tawaran scnd intake foundation law , srs ke memang sebelum sem 2 firsttake baru kita daftar?
Nukilan daniel said…
Saya dah dapat tawaran scnd intake foundation law , srs ke memang sebelum sem 2 firsttake baru kita daftar?
Nisa said…
Yup, kena daftar pada tarikh yg tertera pada surat tawaran
Amirul said…
Hai. Nak tnya. Saya skrg ni belajar kat matrik perak. If masuk asasi law second intake ni maksudnya akan lambat satu semlah masuk degree. Mcm tu?
Nisa said…
Yup.. Mcm itulah. Lambat satu sem je.
Unknown said…
nak tanya, pada selepas pendaftaran second intake ada orientasi atau terus belajar?
Nisa said…
Ada orientasi, sekejap sahaja. Lbhkurang 3 hari
Muhd Alif said…
salam kak saya SPM2018 5A ade b,c,d,e.Cukup syarat tapi xtau lepas ke x
Nisa said…
Walaikumsalam. Sekiranya x lepas utk panggilan pertama, buat rayuan. Klau x lepas juga dan masih brminat, buat permohonan semula utk pengambilan bulan 12.insyaAllah akn lebih mudah
Nisa said…
Walaikumsalam. Majoritinya 5A Keatas. Keutamaan A utk, Bm. Bi. Sejarah.math mod.
Tidak ada keutamaan yg khusus. Selebihnya brgantung pada rezki yg telah Allah tetapkn
Hanani said…
salam sis, kalau saya tolak uitm first intake sebab dpt course yg x minat..ada harapan tak saya dpt yg 2nd intake, course yg sy mintak betul2 saya minat kt uitm???Saya lepasan spm
Nisa said…
akak tak ada jawapan yg tepat utk soalan ni dik. Berushalah, rezeki sentiasa ada .moga berjaya

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN