Jalan jalan ke johor bahru

Bismillahirrahmanirrahim.................

Semalam,7hb.12.2015 seawal subuh ummi brgegas brtolak dari rumah,hanya sempat sediakan segelas air madu utk abuya,sememangnya itulah air yg ummi sdeakn tiap hari,mudahkan..x perlu nk bancuh teh ,kopi ,milo dn sejenis dengannya,haha...haru biru bila ummi pon dah tak taw cammana nk sdeakn nescafe atw kopi  yg sedap pd tetamu,air madu juga yg ummi sdeakn utk k.ngah sblum g kerja.

Brtolak awal,semata mata nk hantar k.ngah yg d tugaskn ke hospital jb selama 3 hari.tak sampai hati membiarkn anak gadisku memandu sendirian k distinasi yg jauh,tambahan pula trpaksa ot sehari sblumnya nk siapkn tugasan yg nk d bawa mesyuarat kelak.sejak cuti sekolah brmula,ana n adik setia menemankn k.ngah kat pejabat sehingga larut malam adakalanya balik menjelang subuh..itulah risikonya brkerja kat hospital,operasinya 24jam,pernah terlelap ketika memandu seawal jam 7.30 pagi...kerana itulah ummi  x biarkn k.ngah sendirian ke jb.

Memulakn perjalanan d awal pagi,terasa segar d mata,segar d hati,perubahan suasana gelap sehinggalah matahari terbit membawa kenangan pada zaman prsekolahan ummi,begitu tulusnya kanak janak d zaman ummi,tanpa internet,tv malah suratkhabarpon tak sampai kat prkampungan ummi,yg ada hanya cerita dari mulut ke mulut yg d sampaikan dan kerana itulah kejujuran amat penting dlm masyarakat ketika itu.jujur,amik berat dn saling brtanya khabar d setiap kesempatan yg ada ketika bertemu tetapi saat ini ummi sendiri tidak taw membezakan yg mana satukah manusia yg bolh d percayai dan brtanggungjawab.zaman ummi meniti menuju dewasa,tidak pernah merasa gusar brjalan kaki ke sekolah walau harus sendirian d pagi yg masih gelap,walau kiri kanan yg d lalui masih semak samun,klau adapon ketakutan d waktu itu bimbang klau terserampak dengan langsuir,balan balan yg amik darah juga takutkn pengait yg nk amik kepala sbg korban d kawasan pembenaan.ummi pernh menyorok kat celah celah banir pokok setelah mendengar bunyi jentera yg d gunakn utk buat jalan.,bimbang pemandunya nk potong kepala ummi nk buat penguat semangat kat jembatan yg sedang dlm pembenaan.haha...itulah antara cerita dari orng tua tua kat kampung supaya jauhkn diri dari kawsan pembenaan dn orng yg x d kenali tetapi harini,mahu ke bandar dengan suasana orang yg ramai ,masih juga merasa bimbang,orang asing yang memenuhi lorong lorong pejalan kaki,anak anak muda yg cenderung pada dadah,sudah menggusarkan hati seorang ibu melepaskan anak anak brjalan tanpa teman yg bolh d percayai.agaknya dah jadi tugas ummi pula temankn k.ngah setiap kali brtugas kat luar daerah.
Satu perkara yg ummi sendiri x faham,ketika ada kebimbangan memikirkn risiko memandu kat jalan,setiap kali menyentuh stering kereta,segala rasa gundah hilang begitu saja,agaknya itulah yg d katakn seorang itu blh brubah menjadi samseng jalanan ketika memandu.ummi sendiri mahu memandu dgn laju ketika brada d jalanraya,sering hati menyampah dgn golongn yg drive kereta spt kura kura kerana seolah olah mrk jadi penghalang pd kelancaran prjalanan ummi,istighfar anakku,perasaan marah,menyampah merasakn diri yg betul begitu menguasai hati dn perasaan ketika sdng memandu,jom kita muhasabah diri,siapa kita ketika sedang memandu .bezanya bila ummi hanya jadi penumpang,pasti ummi melihat pemanduan kamu yg merbahaya....hihi,ini buatkan kamu sakit hatikan bila ummi terus terusan mengkritik cara pemanduan kamu,tapi itulah hakikatnya anakku,belajarlah brsabar dgn seorang ibu.

Ketika berada d hadapan uthm,ummi lbh suka memandu dgn laju sehingga x sempat nk brek ketika menyedari ada kayu yg agk besar kat tengah jln,trpaksa juga merodok kayu tu,tak bolh brhenti secara tetiba,kena langgar pula dgn keter kat belakang yg biasanya laju bila brada d jalan yg lurus dan cantik.ketika sampai kat jb,tengok tayar depan dah kempis....dah lah ummi tak pernah pam tayar kereta,semua abuya yg buat,isi minyak kereta juga d lakukn abuya.huhu.ketika sampai kat hospital sultanah aminah,tersasar juga mencari jalan kerana  pejabat engineering trletak kat belakang hospital ,selepas turunkn k.ngah ,cari stesen minyak,alhamdulillah ada brhampiran,kat sana ummi dn adik amik pam angin cuba letakkn kat tayar tapi tak taw takat mana nk buat,bila dengar bunyi spt angin kuar dari tayar,ummj lepaskn,huhu....kebetulan ada seorang lelaki muda brkopiah duduk kat tepi pam minyak dengan basikalnya menjual putumayam...hihi kat dia lah  ummi minta tolong,cuma ummi sendiri was was,apakah dia tahu,lantaklah yg penting dah dengar bunyi ting kat pam angin tu dn tayar kereta ummi dh menggelembung.ummi berikn dia 20rm,dari
caranya brbicara spt dia itu orang bangla atw dari burma.sering prasangka pada orang asing akhirnya minta bantuan kat mereka juga.ummi lah tu.
Sampai masa nk balik rumah,cadangnya nk jalan jalan kat jb,tak jumpa pula tempat tempat menarik kat sini,akhirnya singgah kat bp mall bp,beli pinggan mangkuk 1 set,nk simpan elok elok kat almari,klau ada tetamu datang bolhlh guna set pinggan mangkuk yg cantik berbunga bunga...entahlah ummi pon tak taw betul ke tidak niat ni,cuma terasa segan pula sejak  brbesan dgn orang kl,ummi masih gunakan pinggan mangkuk berbagai warna,kuning brcampur putih,gelas warna biru,waaaa...dahulunya ummi x kisah smua tu,asal ada pinggan dn gelas yg bolh d gunakan ,sudah memadai.arini ummi belajar menghormati tetamu kerana mereka juga sediakn set alat pinggan yg cantik brsinar bila ke rumah besan,huhu...biarlah ummi brbesan dgn golongan miskin tak risau dengan kekurangan diri.

Anakku,dahulunya ummi memikirkan,selesailah tanggungjawab ummi bila kamu dah keje tapi tanggungjawab setiap ahli keluarga tidak pernah berakhir selagi kita bernafas,ketika ini ,debaran ummi semakin hebat bila mengenangkn tarikh presantation k.ngah,tinggi harapan keluarga utk melihat anak anaknya menamatkn pljrn sehingga menara gading,bukn setahun dua berada d alam pembelajaran tapi seawal usia 6 tahun dah menggalas beg ke sekolah,17 tahun yg d habiskn utk mentelaah pelajaran,biarlah d tutup dgn pengiktirafan pada ilmu trsebut anakku.malah ummi pernah mengatakn pada k.ngah,jika  masalah ketika berada d universiti x dapat kita selesaikan,bagaimana mungkin mahu mengharungi alam rumahtangga yg penoh dgn ujian,lebih baik memilih utk hidup solo dan berada d sisi ummi dari hidup brgelumang dgn masalah menyusahkn orang lain.selagi x abis belajar ,lupakan soal kahwin anakku,klau mahukan zuriat,kita cari je anak angkat dan jaga spt anak sendiri.apapon takdir yg telah trsurat,ummi  terima takdir tuhan dgn pasrah.


Salam dhuha anakku


Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN