Konvokesyen ke 16 uthm 2016.

Bismillahirrahmanirrahim................................. Alhamdulillah, 8.10.2016,berlangsungnya  konvokesyen k. Ngah. Sidang petang, seawal jam 9 pagi, umi, abi n k. Ngah bertolak dari rumah menuju uthm. 
Menjejakkan kaki d sana, cari pos utk brgambar,ni dia tmpt pertama yg umi pilih. trsergam kat tepi jln besar  dpn uthm. Terdapat juga beberapa orng yg amik gambar kat sana. 
Destinasi kedua, perpustakaan uthm. Gambar kat bawah ni, pandgn dari blkng perpustakaan. 
Gambar kat bawah ni, 
Pandangn dari depan. Orang tak ramai lagi, bolh lah bergambar dgn tenang. 
Gambar kat bawah, halaman perpustakaan uthm, memang cantik payung berwarna warni tu. Ada cafe n kolam kat sana. 
Gambar ni d amik dua hari sblum konvo ketika amik baju konvo. Letih juga nak kawal fateh yg nak mandi kat kolam tu. 

Student uthm sediakn ruang bergambar kat halaman ni, mereka tolong amikkn gambar gak.


K. Ngah tengah betulkn selendangnya, gelihati gak... Bnyak kali  umi n abi tolong tapi tak jadi. Akhirnya k. Ngah minta bantuan plajr yg ada kat perpustakaan tu.


Kita juga amik gambar kat depan dewan konvo uthm. Dewan baru siap, cantik masih bersinar. Kat tepi dewan d sediakan ruang brgambar yg cantik. Ni gambar tepi dewan.

Gambar kat bawah, wajah dewan sepenohnya. Cantik di hiasi bunga berwarna warni
Sebelum masuk k dewan, para graduan brkumpul d luar dewan. Ibubapa masuk ke dewan terlebih dahulu.
Kat luar dewan inilah juga, ada petugas sukarela yg betulkn pemakaian yg salah, tu dia gambar k. Ngah yg sedang d betulkn selendangnya. Gigih ummi duduk kat tepi tu, perhatikn anak gadis ummi selesai segala urusannya,selepas itu umi pon gerak ke surau perpustakaan.

Selepas solat zuhor, umi n abi kembali  ke dewan, bersesak dalam barisan semasa nak masuk, maklumlah.. Hanya satu pintu yg d buka.umi pon tak faham nape harus berhimpit cam itu, apa yg nak d kejar tak tahulah. Inilah gambar dlm dewan anakku. Ummi sgt terkesan dgn cahaya lampunya,bertukar tukar warna utk keseluruhan dlm dewan tu, trutama kat siling,cahaya itu mnceriakn suasana pada ummi yg mula mengantuk duduk menunggu para graduan masuk k dlm dewan.
Terasa sayu melihat k. Ngah naik atas pentas, mungkin kerana hebatnya ujian yg k. Ngah hadapi utk menggeggam segulung ijazah, buatkn umi trsentuh, bukn hnya k. K. Ngah yg dah putus asa, umi juga dah putus asa melihat k. Ngah jatuh trsungkur. Hanya dgn rahmat Allah k. Ngah bangkit kembali. Gambar kat atas, ketika k. Ngah turun dari pentas, umi duduk pada bahagian d mana smua graduan lalu kat depan ummi, ketika inilah juga ummi melihat ramai wajah wajah yg sering keluar kat fb k. Ngah, lalu kat depan umi.
Gambar kat bawah ni, masih kat dewan juga. Tangga menuju ke tingkat atas dewan.
Gambar kat bawah, fakulti engineering. Tempat k. Ngah menuntut ilmu. Dah bergelar engineer dah anak gadisku, moga Allah jodohkn dgn orang yg baik baik juga.

Lebih kurang 5.30 ptng, Selesai acara kat dewan, amik gambar kat studio tepi dewan tu. Dah byr 200rm utk pakej sessi brgambar. 
Selesai brgambar kat studio, umi, abi n k. Ngah kembali ke masjid utk solat asar. Kat sinilah kawan kawan k. Ngah  menunggu dgn bunga n coklat. Gigihnya mereka buat bunga tu, mrk gunting kertas manila dan membentuknya jadi kelopak bunga. Ni gambar yg umi amik ketika menuju k masjid... Hihi, abi je yg tak selesa dgn tabiat umi amik gambar ni. 
Gambar gambar kat bawah ni, umi amik di sekitar masjid uthm. 


Merekalah sahabat k. Ngah yg brsungguh menunggu k. Ngah kat luar masjid. Smuanya masih blaja utk master. 

Gambar kat bawah ni kat depan asrama tun fatimah. Selama 4 tahun jadi penghuni kat asrama tu, ramai juga kawan kawan k. Ngah yg ummi kenal krna k. Ngah sering ajak kenkawannya datang ke rumah. 

Gambar kat bawah ni, k. Ngah amik masa kat dewan. Umi suka gambar ni, nampak k. Ngah dah dewasa.


Pertama kali melihat gambar k. Ngah spt ni
Nampak cam wanita gedik. Haha..
Syukur Alhamdulillah.... Allah beri jalan akhirnya, walau airmata mengiringi ujian ini.
Sampai saat ini, ummi masih memikirkan hikmah d sebalik ujian yg kita tempuhi anakku.

Meneroka dengan hikmah
Salam isyak anakku
Selamat malam.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN