Melawat zoo negara, i-city, petrosains

Bismillahirrahmanirrahim.............. Sept 2016.Abng ngah balik bercuti 18 belas hari. 
4 hari kat kuantan, sempatlah jenjalan ke teluk cempedak, tnjung lumpur dn perkampungn nelayan kat beserah. 
Seminggu kat joho, abng ngah habiskan masa dgn memancing bersama abngnya. Ummi geleng kepala melihat dua beradik ni, abiskan beratus ringgit membayar sewa memancing kat kolam ikan. Kolam pancing kat depan umah kita je dah  70rm utk 5 jam, satu pancing. Ikan yg mereka perolihi adakalanya umi serahkan kat orng lain, kadang kadang umi masak dan hidang kat kucing belakang rumah. Malas sebenarnya nak siang ikan yg d pancing, sebesar lengan akak tu, kat pasar ikan, ada je penjual ikan yg bersihkan ikan dan potong kecil. 
Sebatang joran yg abng ngah beli kat jepon bernilai 900 ringgit, hmm entahlah nak, nak d buat apa joran banyak bnyak tu kat bilik. 
Seminggu memancing ke serata tempat, abng ngah nak belanja adik beradiknya jenjalan, akhirnya inilah tempat yg d persetujui bersama. 

Zoo negara
Seawal pagi kita dah sampai kat zoo, parking kereta masih banyak yg kosong.tikit masuk kawasn zoo dah naik satu kali ganda sejak wujud rumah panda. 45rm seorang.untuk kita enam beranak kena bayar 270.rasa gak mahal bila gi ramai ramai tapi abng ngah nak jenjalan dgn adik beradiknya,tak pandang dah byrn tu. Kat bawah ni gambar d perkarangan zoo. 
Masuk je dalam kawasan zoo, naik train yg ada kat dalam tu, 8rm utk seorang, umipon tak faham, nape nak abiskan duit semata mata nak rasa duduk dalam train. 
Di pertengahan kawasan zoo, train berhenti dan kita mula meninjau apa yg ada kat sekitar tu. Jam sebelas pagi, pihak zoo adakan show.artisnya binatang yg ada kat zoo tu, seronok gak melihat aksi burung kakak tua, ikan dolfin dan ada beberapa lg haiwan lain, umi tak teruja sangat kerana dah selalu berkunjung ke zoo melaka dan menonton show kat sana. 
Selepas merasai pengalaman duduk dlm train kat zoo, kita kembali menyusuri jalan kat zoo menuju ke rumah panda. Kat dalam tu hanya d benarkn duduk selama 20 minit, kediaman panda d hias dgn cantik dan berwarna warni, pengunjung tak d benarkan bercakap kat dalam tu kerana panda suka bersunyi sunyi. Tu gambar panda anakku, tido je panda tu, umi pon tak tahu pasti, apakah panda itu hidup bahagia d kediamannya yg mewah, siap penjaga n doktor. 

Kita juga masuk rumah rama rama, tetapi haiwan lain pon ada, labah labah, serengga juga berbagai jenis haiwan yg tak pernah umi nampak. Sesuailah zoo ni pada yg brminat dgn haiwan.




Sehabis melawat zoo, kita gi bukit tunku, ajak akk sekali jenjalan kat i-city. 

I-city
Sungguh cantik pemandangan malam d icity, cahaya buatan manusia memang memukau. Tempat ni lebih pada konsep hiburan utk keluarga, ada rumah hantu, fun fair.. Cuma kena sedia duit je, cam umi yg dah brusia ni, tak teruja pon nak try funfair yg membuatkn rasa gayat tu, sekadar melihat keindahan cahaya sudah memadai. Rumah salji  juga trdapat d sini. Tak sukalah nak buatkn rasa badan sejuk menggigil, umi duduk rehat je temankn akk yg dah merasa sakit bersalin. 


Petrosains

Hari berikutnya kita melawat petrosains. 
Ramai pengunjung yg datang kerana hari cuti.seorang di kenakan bayaran 20rm.gambar kat bawah sedang berbaris utk masuk, hampir sejam berbaris kat luar, sungguh rasa gelisah melayan kerenah fateh yg masih tak faham untuk apa berbaris cam ni
Kat dalam tu, banyak benda yg seronok nak tengok tetapi fateh dah x bolh d pujuk, dia nak jadikan barang barang kat pameran tu sebagai milik peribadi. Huhuhu... Hilang keseronokan melancung. Masa d abiskan dengan mententeramkan fateh dan akhirnya umi amik keputusan utk keluar sahaja. Sempatlah juga amik beberapa keping gambar kat dalam tu. 


Akhirn ya kita hantar abng ngah gi airport. Klia. Sedeynya melihat anak teruna ku balik ke jepon.


Insyaallah kita jumpa lagi anakku dgn perancangan melancong yg lebih rapi agar stiap perjalanan itu berbaloi.
Selamat bermusafir anakku.
Doa orang yng brmusafir itu lebih makbul, doakan kami d sini.

Salam asar anakku

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN