Persediaan majlis akikah 2016

Bismillahirrahmanirrahim..................... 
12.11.2016,kita langsungkn majlis akikah utk falah ar rayyan. Alhamdulillah.... Cucu no dua ummi, seorang putera juga. Majlis akikah, selepas dua bulan falah d lahirkan,  Sempatlah akk berehat setelah melalui proses bersalin yg perih dan brtenaga utk berjumpa dengan tetamu yg datang. 

KEPERLUAN ASAS UTK MAJLIS AKIKAH. 
GUNTING
MADU
WANGI WANGIAN
MAKANAN UTK TETAMU. 

Utk  majlis ni, akk nak tema kuning hitam. 
Ummi sediakn mana yg harus. Gambar kat bawah ni, bakul brwarna putih, ummi lilitkn dengn reben brwarna kuning, renda putih dan selitkn sekuntum bunga plastik kat tepi tu. 

Ummi beli bunga kat kedai barang plastik, itu lebih murah brbanding kat kedai yg khusus mnjual alat alat jahitn atw pralatn prkahwinan. Ini dia bunga ummi, kos hampir 100 rm utk beli bunga, dapatlah 4 jambangan bunga dan letakkn selebihnya kat pelamin.

Ini dia antara hasil jambangan bunga yg ummi hasilkn.

Dalam bakul ni, umi letakkan kurma, madu n air zam zam, juga bunga rampai  utk mewujudkan suasana yg harum mewangi. Umi tak letak gunting kerana abuya dah cukur licin rambut falah  ketika masuk 7 hari. 
Seawal pagi sabtu, umi amik daun pandan n bunga bungaan kat luar rumah. Kakak juga adik gunting sehalus yg dapat, dah habis d hiris hiris halus, campurkan dengan minyak wangi yg ada kat umah. Itulah caranya nak sediakn bunga rampai anakku. Masukkan bunga rampai dalam beberapa bekas yg cantik dan  letaklah kat ruang tamu, bilik dan sudut sudut rumah, biar mewangi rumah kita. 

Cenderahati utk tetamu, tidaklah wajib tetapi sikap memberi itulah yang umi mahu jadi darah daging kamu . Memberilah anakku, berilah sesuatu pada sesama insan, Allah akn beri kan kita yg trbaik. Besan umi hantar berkotak kotak muffin, sebahagiannya umi jadikn hidangn dan sebahagiannya d bungkus utk hadiah kat tetamu. 

Akk juga sediakn yasin n tasbih utk d agihkan.

Ini gambar kerepek yg dah d bungkus,umi beli kat batupahat.

Bungkusan muffin.

Pelamin yg simple n mudah d buat. Tak perlu keluarkn duit utk sewa pelamin. Umi beli je kain yg d jual murah n jahit,letaklh bunga kat atas n bawah.

Kemah kat depan rumah, abuya pilih warna hijau
Masa sebok cam ni lah, anak ank kena tahu apa yg perlu d buat ankku. Tak perlu tunggu arahan seorang ibu utk pastikn kelancaran majlis.

Gaya seorang tukang masak. Hebat.... Masih muda, dah amik tempahan catering. Utk menu kali ini, seekor kambing panggang dan seekor lagi masak..beriani, ayam goreng berempah, dalca n acar sayur. Kuih koci juga karipap. Umi sediakn desert tambahan.



Abang ngah n ana  tak dpt turut serta, sunyi je rasanya, bukn mudah nak amik kat asrama tu, harus brsoaljawab dgn warden.
Gambar kat bawah, tengah bawa falah jumpa tetamu utk tahnik. Adik pegang bakul tu, badan kecik cam budak skolh rendah.


Alhamdulillah, falah tenang je kat depan pelamin, selesa agaknya dengan wangian bunga rampai yg memenuhi ruang juga mndengar alunan bacaan yasin n brzanji.

Comelnya dua beradik ni, moga trdidik jadi ank yg soleh.



Di antara kejiranan yg hadir

Alhamdulillah ankku, selesai majlis kenduri akikah yg kedua. Apapon yg kita lakukn... Sematkn dlm hati, kerana Allah ku lakukan ini.

Salam subuh anakku

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN