Pengalaman bercuti ke bandung 23-26.11.2016

Bismillahirrahmanirrahim......................... 
23.11.2016 jam 7petang kita bertolak ke bandung. Dah setahun kita beli tikit utk enam orang, akhirnya akk tak dapat turut serta dengn kelahiran falah. 
Gambar kat bawah ni ketika menunggu jadual penerbangan. 



 Berdiri kat sebelah adik adik, k. Ngah memang nampak besar.
Kos penerbangan lebih kurang dua ribu lebih, pergi n balik. Dah order makan dalam kapalterbang,  ni dia nasi kuning menado.bolh tahan harga yg d tawarkan, tak perlu order klau tak lapar. Sebungkus maggi po, 10rm.
Sampai d airport lebihkurang jam 9.30 mlm. Supir dah tunggu dengan nama Afifah misnan.... Hihi, afifahnya kat kl
Mengikut supir, bandung adalah bandar yg terbesar d indonesia tapi peliknya airport nya kecik. Tak bnyk soal siasat kat imigresen, lega rasanya. Umi nak balik ke sabah melalui pemeriksaan yg ketat, pemeriksaan badan d lakukan.
Ni gambar kat luar airport, seberang jln, brhadapn dgn airport dah ada pon kedai makan dahnampak deretn kedai, sepertinya airport tu brsambung dengan bandar
Dari airport, jln kaki je kat tepi kedai tu, menuju ke kereta yg d parking


Dari airport terus ke hotel, ni dia gambar orenge home syariah yg umi  gogle. Kat kaunter dah tertulis tak d benarkan pasangan yg tak nikah menyewa sebilik, jelas pemiliknya menjaga syariah.
Hotel ni kecik je,lebih pada homestay tapi sngt besar utk d sebut homestay.   Umi amik bilik keluarga utk satu malam.kat iklan ee. Boking tertulis 143 rm tetapi bila dah masukkn no kad kredit tiba tibalah pula byrn jadi 190rm.ok lagilah ,agaknya pengikln hotelpon kenakan byrn utk boking... Entahlah.
Gambar kat bawah ni, dewan makan.
Ruangan bilik utama,agak besar terdapat sofa, tv, penghawa dingin. 
Bilik kedua kecik sikit. 

Ni verandah, bolhlah tengok kat depan tu kwsan kampung orng indon, mmng padat tak nampakpon halamn yg luas walau rumahnya besar

Ini dia pndgn kat dpn dari veranda

Seawal jam tujuh pagi, turun ke dewan makan, sarapan roti keping je dgn air teh, sarapan tak siap lagi.  7.30 pagi gerak ke kawah putih.2.1/2 jam perjalanan dari bandung, itu kata supir. Sedikit trperanjat bila berada d jalanraya, 3/4 perjalanan melihat kenderaan sesak n jam d atas jalanraya.motor bersimpang siur, tak ada laluan motor, dari kawasan bandar sehinggalah kawasan kampung kenderaan sentiasa memenuhi jalan. Sungguh padat  n ramai penghuni bandung.
Sampai kat kawah putih, terasa badan letih dgn prjalanan spt d lambung ombak kerana jalanrayanya yg berlobang d sana sini.
Inilah pintu gerbang ke kawah putih, beli tikit masuk d sini.untuk enam orang termasuk van, lebihkurang 150rm bayaran tiket, klau nak jimat, tak perlu bawa kereta sendiri, parking kat sini dan gunakn pengangkutan awam yg telah d sediakan olh pihak gunung.

Ini dia kawah putih, hebat n cantik alam semulajadi ciptaan Allah. Terletak d kawasan bukit, klau rasa badan lembik n kurang kalsium, tak sesuailh melancung kat kawasn bukit
Ini tangga yg perlu d daki utk sampai ke kawah. Umi dah sediakn mask lebih awal agar tak terhidu bau belerang yg kuat.
Kawah putih, dah macam tasik, tak bolh mandi manda kat sini... Hanya melihat je air kawah yg putih kehijauan.pokok pokok kat tepi kawah ni pon,nampak hitam seolah olah hangus. Umi datang kat sini hari khamis, tak ramai orang dan tiket masuk murah sedikit berbanding hujung minggu.

Sekejap je kat sini, tak banyak aktiviti  hanya melihat, sesekali jurugambar memujuk rayu agar mengambil khidmat mereka dgn bayaran 6rm sahaja. Umi tak nak, cukuplah simpan gambar kenangan dalam blog.
Untuk balik ke kereta kena panjat tangga lagi. Kat tepi itulah, puluhan jurugambar muda belia menawarkn khidmat mereka.
Tercungap cungap turun naik tangga, oksigen pon kurang kat kwsn tinggi ni.
Teruskan perjalanan ke glamping lake. Kawasan pelancongn yg baru d buka 4 bulan. Perjalanan dari kawah putih ke tasik, sangat cantik. Sepanjang jalan tu kita berada d kawasan ladang teh. Berhenti sebentar d tepi jalan tuk amik gambar. Sepanjang jalan agak lengang kerana bukan kawasan penempatan, melaut luas ladang teh .

Sampai ke kawasan tasik, berada d ladang teh, dan umi dah tak ingat berapa bayaran masuk. 
Kat sini kelihatan bahtera yang besar atas bukit, bahtera itulah restorant menghadap tasik, gayat juga nak panjat tangga ke tingkat atas tu. 
Dari bahtera inilah kita bolh tengok tasik kat bawah bukit, rakit, bot,sampan n resort ada kat sini,cuma sediakn duit je nak bayar. Memandangkan hujan renyai renyai dengan bukit yg agk curam, tak berminatlah nak jelajah tasik.

Ni gambar kat hadapan bot

Memilih utk makan kat kwsn brbumbung. Pisang bakar... Sedapnya. Itulah yg istimewa kat sini.
Dari kawasan parking, bolh je ke bahtera ini dengan jembatan gantung.
Resort d sekitar kawasan tasik.



Selepas makan n minum kat bahtera Resto, kita teruskn perjalanan balik. Singgah sebentar d kebun strawberry dan petiklah strwberry sendiri, lupa lak harganya sekilo.




Berhenti d masjid cidiwey, tak ada kemudahan tandas, hanya tempat wuduk n kamar mandi. Sejuknya berwuduk dengan air gunung. Telekung ataw mukena bahasa bandungnya, ada orang yg menjaga nyaterpulanglah pada kita utk beri sumbangan ikhlas.
Terdapa penjaja kat kawadan masjid, merasalah juga buah yg di jual, d cincang halus halus kemudian d campurkn dgn gula merah.

Gambar kat bawah ni, pemandangan yg sempat d amik d sepanjang jalan menuju ke kawah putih n glamping lake.

Gambar kat bawah, kereta kuda... Penduduk tempatan masih menggunakn khidmat ni sbg pengangkutan mereka.

Sawah padi
Suburnya daun bawang kat sini
Gunung berapi buatan
D antara pemandangan pekan yg biasa d lihat depan mata

Menghampiri maghrib, kitapon sampai kat tempat penginapan yg lain, mudah utk ke sana sini, itu kata supir



Sarapan pagi yg d sediakn
Selepas maghrib, kitapon d jemput olh pak supir dadan utk makan malam. Hampir sejam perjalanan mendaki bukit yg curam serasa d lambung ombak juga. Ujurut.. Itu nama tempatnya.d sepanjang jalan kelihatan seperti deretan rumah setinggan dgn jalan yg sempit,dan yg pasti gelap gelita, hanya d suluh olh cahaya lampu dari rumah rumah tepi jalan malah kat bandar bandung juga gelap brbanding malaysia kerana mereka tak ada lampu jalan.
Terasa perjalanan yg jauh, semata mata utk makan berharap supir akn bawa ke tempat restoran spt trust isssu kat damansara tu, atw spt kfc ,dah sampai.... Waaaaaaa
Tak ada kerusi mejanya, terhampar tikar kat lantai. Itu identiti belasan warung yg ada kat sini. Berada d kawasn bukit, kita bolh lihat bandar bandung d waktu mlm, tapi umi tak amik gambar kerana suasana bandar tu gelap hanya lampu dari bangunan yg brsinar.
Gambar kat bawah ni pilihan makanan yg ada kat sana, lebihkurang sama je makanan kat warung, smuanya makanan kering,tempe goreng, tauhu goreng, udang ,ikan goreng bebola kentang, jemput jemput jagung dn  beberapa makanan yg d bungkus daun. Kita pilih je, letakkn kat pinggan dan akn d goreng semula ataw d bakar. Makanan d hidangkn dgn cicah sambal belacan. Sedaplah juga bila d makn dgn sambal belacan.



Ketika makan, ada orng yg datang menghibur, berilh duit seikhlas hati. 


Hari kedua, melawat tengkuban perahu. Lebihkurang sejam perjalanan. Jalan menuju ke tempat ni, jauh lebih baik dari jln ke kawah putih. Cuma bayarn masuk mahal sekali ganda.
Ni dia pintu gerbang, tempat kita beli tiket, utk 5 orang trmasuk kereta, lebih kurang 300rm.

Terdapat banyak pokok rhu kat sini.



Inilah kawah gunung berapinya, tak bolhlah turun sampai kat bawah tu, curam n dalam. Sekitar kawah ini pon d pagar.
Kawasan kawah ni luas, kita bolh lihat dari hujung kehujung, dengan berbagai deretan kedai kat tepi. Umi hanya tengok kawah d sekitar kwsn pintu masuk, kerana brjalan jauh ke hujung pon, kawah tu sama je cam tu. Tak sanggup rasanya berlama lama kat sini dengan asakn jurujual supaya membeli barangn mereka, sentiasa mengekori kat mana kita nak pergi dgn pujuk rayu minta belas kasihan. Hmmm.. Hati mana yg x trsentuh bila mereka dtng dgn barang jualan, dgn baju yg lusuh merayu bantu mohon rezeki.



Gambar kat bawah ni.. Puteri gunung. Hihi





Ini dia keychain, smua barangan d jual dln harga rupiah dan umi tak mahir dlm pengiraan nilai matawang, nak fikirkn nilai rupiah dlm rm juga tak mampu ketika ini kerana asakn bertalu dari jurujual. Keychain ni brnilai 100rm utk 10 utas.

Patung mainan ni, 100ribu rupiah satu.
Raspbery dlm 5 peket, 200rm.umi tak perasan harganya yg mahal sebab d sebut dalam rupiah. Hahaha... Umi lemah dalm kira kira. Ketika brada dlm kereta, umi buat kira kira... Barulah perasan harganya yg mahal. Hihi.... Jgn sesal dengn rezeki yg jadi milik orng lain. Ummi hanya orng tengah yg serahkn rezki tu kat orng yg sngt memerlukn.

Sekejap je kat sini, balik n minta d hantar ke supermarket trans studio.kat sini dapatlah makan kat kedai yg bersih n sedap.
Ini dia, cafe betawi
Cafe yg bersih dgn dapur yg bersih
Harga makanan pon lebihkurang sama je dengan malaysia.

Jalan jalan kat sini, hanya beli beg tangan n jajan sebagai cenderahati. Kain baju kat sini smua barang jenama dari oversea. Hmmm... Biasalah mahal.
Balik ke hotel jam lima petang, 1/2 jam dah bolh sampai tapi kesesakn jln raya mnyebabkn amik masa sejam stngh.
Hari ke tiga, kita kluar hotel jam 10 pagi. Terus ke pasar baru. Kat sinilah dapat shoping barang yg murah, tapi sukar juga nak tawar harga bila tahu kita dari malaysia. Dah siap beli cenderamata, kita makan kat kedai ni.

Selesai shoping, singgah kat masjid trbesar d bandar bandung.kat sini juga padat dgn orng ramai, lagilah kat luar masjid, yg tak menutup aurat juga mnjadikn tempat ni utk berehat.
Gambar kat halaman masjid.
Kat dalam masjid, ramai yg tido tido rehat kat sini, llki n pimpuan tak d pisahkn, tapi ada juga bilik khusus utk pompuan klau nak solat kat sana dn bolh juga solat kat tempat yg trbuka ni
Sementara nak tunggu kol 4 petang, kita dudk kat veranda masjid, melihat orang ramai yg berada kat dpn masjid.

Akhirnya, kita ke airport. Selamat tinggal dadan. Byrn sewa kereta 550rm utk tiga hari dan kita bagilah sedikit duit kat supir kerana sering bantu utk angkat barang bila shoping.
Gambar kat bawah ni, antara yg umi amik sewsktu dlm musafir
Ni bangunan hotel dari zaman penjajah belanda lagi


Bangunan hospital
Beca
Alhamdulillah... Selesai musafir kita selama tiga hari tiga malam.
Melihat hebatnya kebesaran Allah,  satu satu nya yg terkesan kat hati ni, betapa sopan santunnya cara masyarakat bandung berbicara. Tak jumpa pun orang sombong kat sana. Walau dalm kesesakn lalulintas, mereka masih bolh kekalkn kesantunan mungkin kesesakn itulah yg mendidik masyarakatnya  brsabar. Terasa juga mereka saling bantu membantu d antara satu sama lain.
Salam musafir anakku

Selamat malam
29.11.2016

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN