Bercuti d kuantan Pahang 2016

Bismillahirrahmanirrahim................. 
Bulan 12.2016....masih dalam suasana cuti sekolah. Kita bercuti kat kuantan je. Jimat kos. Tempat pertama yg kita tuju, UIAM kuantan, cantik n luas mata memandang.meninjau sekitar masjidnya sahaja, dari masjid ni dah bolh nampak UIA. 

Tawaf keliling masjid
Tasik keruh kat depan masjid ni, seberang tasik itulah UIA.
Pokok kurma hidup dgn subur kat sini,  menghijau di tepi masjid
Bersebelahan dgn masjid tu, Hospital UIA, Hospital terbaru waktu ini, dgn alat kelengkapan yg trkini.kat sinilah medical student iium blaja.


Distinasi kedua, persisiran sg. Kuantan.kat jeti shah bandar perjalanan kat sungai kuantan bermula
Kawasan jeti, sblum gerak pakailh jaket keselamatan dgn sempurna. Malang tidak berbau.


Sempat bergambar dgn keluarga dari kelantan, mereka juga nak menikmati pemandangn d sg. Kuantan.
Penjaga kaunter tikit seorang yg sangat ramah, dialah juga yg menerangkn tentang pakej yg ada. Kita amik pakej termurah dgn perjalanan 1/2 jam pergi n balik. Seorang dewasa 15rm.cukup penumpang 8 orang,bot akn gerak. Klau tak cukup 8 orng, kira kita sewa khas bot tu, byrlah utk 8 orng. 
Alhamdulillah, keluarga dari kelantan tu mncukupkn bilangan kita lebih kurang 10 orang. 
Inilah dia bot yg ada. Ada dua lagi pakej yg d sediakn dengan perjalanan yg lebih lama dan pakej waktu malam utk melihat kelip kelip.
Kat tepi sungai bertulis kuantan inilah bot berhenti. Pemandu bot yg ramah ni mula tolong amikkn gambar. Ketika bot sedang bergerak pon, dia izinkan kita berdiri atw amik gambar.

Ketika menyusuri sungai kuantn kita melihat bot bot nelayan. Rumah bot warna kuning  berasal dari kuantan. Bot setiap negeri d bezakn dari warna rumah bot. Itulh yg d terangkn olh pemandu bot ni
Selain bot nelayan, kita dpt lihat pokok kayu bakau, burung burung helang yg mncari makan juga bangunan tinggaln sejarah sejak zamn penjajah lagi, gudang utk mrk simpan bijih timah sblum di export.


Bot d bawa sehingga ke laut menghadap tanjung lumpur. Kat kawasan laut inilah baru terasa ombak yg sedikit kuat.

Itu dia pemandu pelancung dan dia juga yg bawa bot ni. Sangat ramah. Penumpang d izinkan bawa bot ketika berada d laut.
Berbakat adik bawa bo ni.
Telah masukpon waktu zuhur bila kembali ke jeti. Singgah solat kat masjid yg comel ni, berdekatan dgn capital mall.
Tempat wuduk perempuan.
Kedai makan Ikhwan, berhampiran dengan masjid. Kedai yg cantik dengan tema hitam purih. Harga makanan yg murah n sedap.
Selepas makn, teruskn musafir ke teluk cempedak. Pantainya d penuhi penjaja yg menjual kain baju dan makanan ringan. Yang menarik kat sini menyusuri jembatan d sepanjang pantai. Elakkn bawa air ataw makanan kat tangan kerana itu akan menarik perhatian monyet monyet yg berkeliaran mengekori kita.

Pantai yg cantik dengan ombak yg kuat, jangan cuba nak berenang kat sana.

Pengunjung teluk ni abiskan masa dengan dudk santai berehat kat tepi.
D penghujung jembatan inilah, dapat merasai suasana yg agak lengang.


Kula kek.. Terletak berhadapan dengan laman teruntum. Masih kat tepi sungai kuantan. Kedai kek yg dapat sambutan ramai. Masalh kat sini ialah parking kereta. 
Kedainya kecik je, sebab tu orang beratur sampai ke luar kedai utk beli kek ni, di sediakan juga kerusi meja utk menikmati keenakan kek ni, agak luas, bersebelahan je dgn kedai cuma tak perasan kerana d tutupi dengan hiasan pokok menjalar. 
 Ini dia tempat yg tersedia, penoh gak dengn pengunjung, mungkin d sebabkan cuti sekolah.
 Kita beli 3 jenis kek, bungkus bawa balik. Inilah kek yg popular itu, manggo chese kek. Harga kek kat sini lebihkurang sama dengan kek yg trdapat kat kedai secret recipe.



Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Hebat keindahan alam ini, kerana penciptanya yg maha hebat.

Salam dhuha anakku
18hb.12.2016







Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN