Jalan jalan di kuala lumpur 12.2016

Bismillahirrahmanirrahim...................... 
Masih dalam suasana cuti sekolah, sempat lagi jalan jalan d kuala lumpur. Tempat pertama yang d tuju, tugu negara. Selalu melihat tempat ni kat tv dah terlanjur brkunjung ke rumah kakak,singgah melihat bagaimana rupanya tugu negara. 
Kat pintu depan tertulis waktu melawat,bermula pagi di tutup pukul 7ptng.Gambar kat bawah ni, laluan masuk ke dalam kawasan tugu.selepas pintu masuk kelihatan arca yg tinggi tu, di kelilingi olh air d sekitarnya. Awalnya ummi menyangka itulah tugu yg sering d kunjungi, ummi trsilap. Hihi.... 
Walau di kelilingi air, ada jembatan yg d sediakn. Gambar kat bawah, kawasan kaki arca dan lmej berkubah kat belakang tu, pintu gerbang ke kawasan tugu. 


Dah sampai...... dataran di kawasan tugu, bolh tengok bangunan pencakar langit
Tugu pahlawan

Selesai berkunjung d tugu, singgah ke restoran rebung.cantik susun atur makanan.
Sebelum balik rumah, singgah melihat istana negara. Sunyi sepi d waktu malam. Hanya melihat d perkarangan sahaja.
Seawal pagi, menunggu akk datang, berdiri sebentar d halaman studio
Sementara adik menghadiri temuduga utk prmohonan ke uitm, kita g shah alam, tinjau laman seni kat sini.
Kelihatan dinding bahagian belakang bangunan d lukis .



Terkebil kebil mata ummi melihat lukisan kat dinding, mencari keindahan seni. Entahlah nak.....
Kita gerak pula ke muzium shah alam. Selesa bila berada dalam kawasan sejuk.
Hanya kita yg datang brkunjung, masih awal kot.. Itu yg trlintas d fikiran.


Lebihkurang 11 pagi, kita jemput adik kat uitm. Gerak ke menara kuala lumpur. Ramainya pelancong kat sini,dengan berbagai aksi bergambar... Termasuklah kita.
Trdapat berbagai tempat yg bolh kita kunjungi d sini. Ini dia rumah terbalik. D kaunter tikit kita d minta menunggu 1/2 jam utk giliran masuk. Cukuplah melihat dari luar. Tak sanggup menunggu dlm keadaan berdiri.

Halaman menara kuala lumpur. Pintunya kat tangga tu.
Pelancong tu suka usik fateh, terkenang  kat cucu dia lah tu.

Wah.. Kat sinipon ada mini aquarium. 13rm utk seorang. Utk pakej lawatn aquarium n kl tower... 40rm seorang. 
Kanak kanak sangat sesuai berkenalan dgn ikan ikan yg cantik ni.
Cantik gak aquarium yg besar ni.
Selesai dengan ikan,kita nak g puncak menara, kat pintu masukpon kelihatan barisan panjang beratur menunggu giliran. Rasanya mereka itulah pelancong dari luar negara yg datang dengn rombongan bas.
Sementara menunggu kesesakan berkurangan, duduklah sebentar d bilik theater ni, percuma je masuk, d tayangkn sejarah pembinaan menara kuala lumpur.

Terdapat juga pentas terbuka, kelihatan persembahan nyanyian kanak kanak  d sana. Terbuka utk pengunjung yg datang.
Kedai kedai yg terdapat kat menara kuala lumpur.
Akhirnya kita sampai kat menara dengan lif. Diam brdiri dlm lif... Tak terasapon kita d bawa ke tempat yg tinggi.
Tempat pertama yg kita masuk, restoran berpusing. Lantai restoran ni yg bergerak secara perlahan. Ini dia meja makan kat sini. Datang melawat je.... Hihu, tak makanpon.

D sediakn tempat utk bergambar kat sini
Bandaraya kualalumpur d lihat dari menara

Keluar dari restoran, kita g kawasan tinjau menara. Kita bolh lihat kuala lumpur dengan lebih jelas bila gunakan teropong yg d sediakn. Tak beranilah ummi berdiri kat tepi tu, perasaan gayat tu bukannya seronok utk d hayati.
Kat sini pon kelihatan deretan kedai cenderamata
Falah, tenang je sepanjang perjalanan.
Hiasan dinding yg cantik kat menara, klau kamu berbakat melukis,bolh je lukis dinding rumah kita cam tu.
Alhamdulillah..... Allah izinkan kita ke sini, hebatnya teknologi kini
Hebat lagi Allah yg jadikn smua ni anakku.

Salam dhuha.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN