Catatan seorang ibu

Bismillahirrahmanirrahim............
Assalamualaikum anakku. Menginjak kaki ke tahun 2017,membawa umi sebok meneroka dunia resepi dan jahitan. Kedua duanya saling berebut tempat d hati ummi. Dah lama umi teroka kedua duanya tetapi keutamaan pada anak anak yg sedang membesar menghalang tumpuan sepenuhnya.
Dlm tekun menjahit, sempat ummi mencari bahan kerja kursus utk ana. Itulah antara tugas seorang ibu anakku, sedaya upaya membantu anaknya, walau d luar bidang kemahiran. Allahu.... Melayari internet, mencari tentang bangunan bersejarah, kos binaan, bahan buatan, reka bentuk, arkitek nya dan macam macam lagi. Sumber rujukan kena cari kat internet, buku, majalah.... Yeah, umi dah pening harus membaca dari satu mukasurat ke satu mukasurat. Terlintas kat fikiran kesusahan plajar sekolah yg serba dhaif menghadapi segala tugasan kerjakursus utk pereksa tg. 3.Bersabarlah...bila harus bergelar ibu anakku.
Selesai meneroka dn mencari bahan artikel, pindahkan kat pen drive.Banyakkali umi blaja proses pindahkn data ke pen drive, nampak mudah, tetapi esoknya... Apa yg umi pelajari lupa begitu sahaja. Entahlah nak, umipon tak faham kenapa susah sgt nak hafal bhgian ni. Bab nak print, lagilah umi tak reti, bawa je ke kedai,print kat sana walau pon kos agak mahal. Sehelai kertas utk print warna, 4rm.inilah yang di katakan kos hidup dah naik,sekurang kurangnya hati dah senang kerja dah selesai.

Sebelum bertolak ke larkin nak hantar segala hasil artikel bangunan bersejarah, sempat lagi tunaikan permintaan anak bongsu umi ni,brownies kedut.mentang mentang ana tahu umminya minat masak kek dan brownis, mudahnya minta ummi buatkan utk kawan kawannya.Segala makanan ringan yg ada kat peti sejuk,mee siput dan cokelat,umi bawa sekali dalam bakul plastik.
Bertolaklah umi ke larkin bersama adik dan abang. Ketika dalam perjalanan, abng tetiba berasa lapar dan bertanya sekiranya umi ataw adik bawa makanan, cokelat ataw jajan. Ummi hulurkan brownies dan sungguh terlupa ummi juga ada masukkan coklat ke dalam bakul plastik.
Tanpa bnyak soal, abang makan brownis yg umi masak tu.

Jam 12 tghari sampai ke stf, kitapon keluar ke supermarket giant bersama ana, ketika ini, bila ternampak coklat kat rak pasarraya, tetiba ummi teringat coklat yg ada dlm kereta dan beritahu kat ana, tak perlu lagi beli coklat, umi dah bawa dari rumah. Mendengar kata kata ummi, adik merasakan ,umi seolah olah pilihkasih kerana tak keluarkan coklat tu ketika dlm perjalanan. Ummi hanya mampu menahan ketawa.... Begitu mudahnya manusia tersilap sangka.
Jauh bezanya lupa dengan pilih kasih anakku. Manusia itu punya kekurangan, dan itu kelemahan ummi, mudah lupa. Kasih seorang ibu tidak harus berpilih tetapi banyak perkara yg selalu mendorong seseorang berprasangka sebaliknya.
Itu dia dua orang anak gadis ummi, walau selalu merasakan ummi pilihkasih, sayang kat anak bongsu.. Akhirnya  kak. Su juga yg amat merindui adik kesayangannya itu.
 K. Su, bergaya dgn topi pasaraya,perasan artis lah tu.
Kadang kadang tak faham dengan ana, banyak sangat peralatan sekolah yg d beli, setiap kali ke pasaraya.

Kita bersangka baiklah secara rasional anakku dan berhati hati dengan musibah, jgn sampai bersangkabaik sehingga mengundang musibah.

Salam dhuha anakku
Februari 2017

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN