Bercuti d cameron highland

Bismillahirrahmanirrahim............. 
18hb.3.2017,percutian kali kedua kita ke cameron highland. Ketika ini umi d temani k. Ngah, abang n ana. 
Selepas solat subuh, kita bertolak dari damansara, melalui jalan Tapah. Jalannya yg bengkang bengkok memperlahankan perjalanan, klau tak tahan dgn keadaan tu, eloklah sediakan obat tahan mabuk atw pening yg bolh d beli kat farmasi. 
Sekitar jam 11 pagi, kita tiba kat tanah rata. 

AGRO TEKNOLOGI PARK MARDI
Tempat pertama yang kita pergi. Tiket masuk 5rm utk dewasa, 2rm utk pelajar skolah. Kat sini kita bolh lihat pelbagai jenis bunga yang cantik. 


Gambar kat bawah ni, laluan utk ke mini taman bunga, kelihatan pokok anggur yg menjalar kat atas tu tapi tak ada buah pun.
Bunga rose, sangat cantik kat sini, pokok bunga rose d jual 10rm sepasu tetapi pengalaman umi menanam bunga ros sblum ni, memadamkan niat nak beli anak pokok. Kat cuaca yg panas, bunga ros tak secantik seperti yg terdapat kat cameron. Ulat suka sangat makan daun bunga rose, akhirnya tinggal batang je.





selain bunga bunga, terdapat juga kebun mini strawberry kita bolh beli strawberry coklat kat sana, terdapat meja dan kerusi yang d sediakan.Harganya mahal sikit berbanding strawberry yg d jual kat tepi jalan.



Selesai makan strawberry,kita masuk kedai cenderahati  mardi . Jem strawberry, madu, jeruk strawberry dan pelbagai jenis ada d jual.
Gambar kat bawah ni, laluan ke sangkar arnab. Umi tak minat nak amik gambar arnab.
Kincir air ni, berdepan dgn sangkar arnab.


Kita terus perjalanan mendaki bukit. Terasa umi dah semakin berumur, terlalu sukar utk umi teruskan pendakian ni. K. Ngah n adik tengah tunggu ummi kat celah pokok tu. 

Kat bukit inilah kita dpt melihat tanaman pokok teh. Bolh lah sentuh daun teh d sepanjang perjalanan ke puncak bukit. Terdapat pondok kat atas puncak bukit.Duduklah berehat lama sikit.


Sebelum keluar, kita singgah sebentar d kawasan tanaman pokok periuk kera. Saiz Periuk nya besar berbanding kat kampung umi d sabah. Kat taman ni terdapat tandas dan surau utk pengunjung, tetapi tak ada cafe ataw restorant utk makan makan dengan santai, hanya terdapat beberapa gerai mnjual makanan ringan. Tidak banyak perubahan kat mardi sejak lawatan umi yg pertama, mungkin sebab itulah, umi merasa sedikit bosan kat sini, tambahan pula perut sedang hebat berkeroncong, hanya d isi dengan pau berinti kaya yg d jual kat dalam ni. 



LAVENDAR GARDEN.

Hari kedua kita melawat k sini, umi tak berminat melawat kebun teh kerana dari tepi jalan, kita dah bolh lihat kehijauan ladang teh kat bukit bukau  .Berhenti kat tepi jalan dan amik gambar berlatar belakang kebun sayur dan strawberry. Begitulah rupanya kebun sayur kat cameron, berbumbung kelambu net.


Tiket masuk ke taman ni, 8rm seorang.
Dari kawasan parking, kita dah bolh lihat ungu mewarnai suasana persekitaran. Cantiknya hamparan bunga berwarna ungu.



Kat sini juga kawasan berbukit, pelbagai jenis bunga d tanam d kaki bukit ni.sesiapa yg menghadapi masalah kurang kalsium ataw penyakit kronik, berfikir dua kali utk mendaki bukit ni. Ternyata lawatan kat cameron highland kena gunakan tenaga empat kerat utk mendaki bukit.
terasa seronok bergambar d sini, ribuan kuntuman bunga tetapi peliknya bunga bunga ni tak berbau harum, mungkin sebab inilah tak kelihatan lebah ataw sejenisnya  terbang berkeliaran.


Susahnya nak amik gambar anak teruna umi ni. 


Kat dalam ni, terdapat juga kedai cendera hati dan berpuluh deretan kedai d sepanjang jalan keluar. Sangat berbaloi berada d sini kerana tak mungkin rasanya kita dpt tanam beribu bunga bunga yg cantik tu kat halaman rumah kita.


Kita juga sempat ke pasar malam yg terletak berhampiran brincang. Kat jalan besar dah nampak deretan kereta parking kat tepi jalan, gagahkan juga masuk ke dalam, sehingga sampai ke tapak pasar malam. Ada je parking kosong kat bawah kondominium berhampiran.agak sesak pasar malam nya, maklumlah cuti sekolah baru je bermula, ramai pelancung yg datang. Lebihkurang sama je dgn pasar mlm yg lain, cuma buah strwberi, sayur dan jagung banyak d jual d sini. 
Umi tak beli pon sayur kat sini, lebih baik beli sayur kat kea farm d waktu pagi. Harga lebih kurang sama je,tetapi kat kea farm lebih banyak pilihan, lebih banyak gerai gerai pilihan dan klau rajin merayau kita akn jumpa strawberry yg d jual lebih murah. 

Nak cari kedai makan melayu, yang bersih dan senang nak parking, carilah d kawasan tanah rata. Harga makanan pon tak lah mahal sangat. 

Gambar kat bawah ni, homestay yg umi sewa. 250 rm satu malam. Tiga bilik. Pemiliknya ramli buyung. Homestay ni terletak d tanah rata. 

Alhamdulillah, musafir ini mengingatkan umi, telah bertambah usia ini, moga Allah bantu umi dan bantu kamu juga anak anakku, agar kita jadi hambanya yg soleh dan solehah. 

Selamat malam anak anakku. 

Ruang tamu

Dapur
Bilik utama

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN