Panggilan rindu seorang anak

Assalamualaikum anakku..........

Jam sebelas malam 27.2.2017 ,telefon bẻrdering....umi dah dâpt menjangka âna yg bẻrada d sana ,itulah waktunya anak anak asrama balik ke dorm masing masing.
Dari suara ana, dah tahu kerinduannya pada keluarga.... Hmmm, minta ummi nyanyi kan satu lagu utknya, ini lagu nya. Hihi.

Sayalah... Permata
Anak kesayangann
Saya d besarkan dengan kasih sayang
Menjadi harapan
Di masa hadapan
Sayalah....
Anak yang cemerlang.

Nampaknya kamu kena blaja nyanyi anakku.
Wahai anak anakku yg dah meningkat dewasa, kamu ada seorang adik perempuan bongsu yg telah umi jaga, umi tatang seperti minyak yg penoh.klau ada d antara kamu yg merasakan pilihkasih seorang ibu d sana, sedarilah anakku sifat negatif sedang melingkari pandangan mata,  menari nari dlm  hatimu.

Bergelar seorang ibu, tidak dengan sendirinya kemahiran dan kepekaan trhadap tugas dan tanggungjawab, mantap begitu saja.  Rasa kasih dan sayang, itu anugerah Allah smua perasaan itu d terjemahkan dalam bentuk tanggungjawab.bukan smua ibu bernasib baik anakku,  mampu mempamerkan kasihsayangnya ,terlalu banyak ujian penderitaan yg mempengaruhi seorang ibu bertindak d luar batasan seorang ibu.
Kemahiran bergelar seorang ibu, terdidik sedikit demi sedikit dengan hadirnya cahaya mata. Begitu juga antara umi dan kamu anakku. 3 orang anak yg hadir terlebih dahulu dalam jarak selang yg rapat,tanpa terdedah pada sebarang panduan atw ilmu kekeluargaan, sukar utk ummi terus unggul sempurna dgn status seorang ibu. Ketika itu, yang jelas adalah halatuju.... Mahu mendidik anak anak agar soleh dan solehah.

Teori dan hakikat jauh beza anakku, ketika mahu menggapai harapan dan cita cita, Disiplin dan peraturan sentiasa menghiasi hari hari kamu.  selalu reaksi itu berbeza, terhadap  tugasan sama ,yg d berikan.

Adawaktunya umi minta anak gadis ummi cuci pinggan kat dapur selepas makan malam, ada yg lakukannya tanpa banyak soal, ada yg cuci pinggan dgn hati yg sebal ,ada yg tolong ummi tapi harus panjanglebar hujahnya kenapa anak lelaki tak cuci pinggan, ada juga yg lakukannya tetapi bertangguh sehingga lupa. Begitu banyak kerenah kadang kadang buatkan ummi rasa malas nak minta bantuan dari anak dengan segala alasan yg harus d hadapi. Itulah ujian seorang ibu anakku.
Sentiasa ingatkan diri sendiri agar tidak terbawa bawa sifat marah yg berpanjangan.
Menghadapi segala tingkah anak yg sedang dewasa, umi masih ada si kecil waktu itu, ketika umi sedang bertegas dengan jadual mandi,blaja,mengaji ,makan mlm dan sessi blaja mlm....ana sentiasa d sisi ummi, peratikan tingkah umi ketika beri arahan, merasakan kemarahan ummi dan memahami dgn mudah segala peraturan kerana hanya mengikut perbuatan kakak dan abang yg ada d hadapannya.
Ketika larangan berkuatkuasa, ketika disiplin wajib d patuhi, umi hanya beri arahan pada yg dewasa, ana hanya 'follow'.
Hmm... Lebih mudah memahami bila dah ada contoh d dpn mata, bila berlaku salah dan silap, semestinya umi akan betulkan kat atas dulu. Hihi...... Sbb itulah anak bongsu tak selalu d tegur dan d marah. Ketika usia kamu mencecah belasan tahun, adik bongsu berusia 3-4 tahun, kamu dah ada kat sekolah menengah, segala tugasan yg d berikan padanya, tak sama dgn tugasan yg umi berikan kat kamu kerana ana masih anak kecil, sedang kamu dah remaja, anakku.
Hari ini...... Kamu dah ada kerjaya masing masing, abng ngah n adik kat universiti, rumah dah kosong, hanya ummi dan abi juga ana ketika cuti sekolah.
Dah tak ramai orang kat rumah, bermakna kerja juga berkurangan, umi seorang pon, bolh selesaikan.
Kamu bolh nilai sendiri anakku, suasana mempengaruhi tindakan seseorang.
Di manapon waktu kita berada, siapa yg kita hadapi..... Ada hikmahnya. Tidak Allah jadikan sesuatu itu dgn sia sia.

Salam jumaat anakku

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN