Air terjun sg. Pandan kem panching kuantan. Cuti cuti 2017
Bismillahirrahmanirrahim.................
22.7.2017,gerak ke Air terjun sg. Pandan kem panching kuantan. Perjalanan yg tak d rancang sekadar google mencari tempat utk melihat tempat menarik d kuantan,ternyata tempat ni tak mengecewakan.
Lebihkurang setengah jam dari bandar kuntan. Hutan simpan masih kekal terjaga, jalan masuk agak lengang kecuali lori yg keluar masuk amik batu batu dari kwsn brhampiran air terjun.
Kat pintu masuk ada kaunter tikit, seorang d kenakan byrn 2.00 rm. Parking kereta 3.00 rm. Kawasan ni d buka pada pengunjung pada jam 9 pgi dan d tutup pd jam 6 ptng pada hujung minggu.
Dari jauh air terjun dah kelihatan. Terdapat surau kat sini, kamar mandi untuk salin pakaian juga bolh mandi utk hilangkan pasir pasir yg melekat kat badan ketika mandi kat kwsn air terjun.
Sebelum mandi, sarapan nasi lemak dulu, umi dah siap masak kat umah. Kat sini terdapat juga gerai gerai menjual makanan.
Utk sampai ke kaki air terjun, kita bolh melalui jalan yg telah d bina di tepi sungai, kiri ataw kanan.
Jembatan gantung kat sini, amik gamba je... X beranilah nak lalu atas jmbatn gantung.
Dari jmbatn ni kita dah bolh lihat air terjun dgn jelas.
D sebabkan bukit agk curam, umi mandi kat jeram yg terdapat d bawah jembatan. Terasa spt air deras ni kat jakuzzi. Air sungainya sangat jernih d pagi hari kerana tak ramai pengunjung lagi. Bolh nampak anak ikan yg kecil berenang renang tapi tak bolh mancing ye ank ku.
Gambar kat bawah ni, pemandangan kat kaki air terjun, kawasan renang yg agak luas.,cuma sentiasalah berhati hati, banyak batu batu yg licin.
Nampaknya k. Ngah n adik mahu meneroka sehingga ke atas, umi ttp mandi kat bawah jmbatan ni.
Alhamdulillah..... Melihat indahnya alam utk kita merasa hebatnya Allah anakku. Di manapon kaki kita jejak, sentiasa ingatkan diri, kita hamba Allah yg sering berdosa.
Ampuni diriku ya Allah, kedua ibubapaku, suami ku juga anak anakku. Pandanglah kami dgn rahmatmu.
Salam senja anakku.
Comments