Suasana Hariraya 2017

Bismillahirrahmanirrahim........................ 
Dua hari sebelum hariraya, kita bertolak balik kampung abi.gambar kat bawah inilah, pemandangan sekitar kampung.ummi masak ayam lada hitam utk d bawa ke rumah  atok. Itulah yg umi cuba nak kamu faham, berkunjung ke rumah sedara mara atau kenalan, bawalah buahtangan sebagai hadiah atawpun sedekah kerana Allah membalas dgn lebih hebat, atas segala apa yg kita berikan kat orang lain,kat dunia ini lagi ankku. 

Aktiviti d bulan puasa, anyam ketupat. Kena asah kembali kemahiran yg tersimpan selama setahun. Berusahalah ankku, jgn harapkan orng lain utk siapkan juadah d pagi raya,begitu indahnya perasaan bila airtangan kita sendiri yg bersusahpayah menghasilkan juadah d pagi raya.
Lepat pulut, setiap tahun umi tolong atok siapkan, walau umi dah ingat step by step utk lakukan ini, tetap bertanya kemahiran  atok utk siapkan kerana orng tua selalu merasa seronok bila kemahirannya di hargai. Hihu. Sekarang ana n adik dah bolh ikat lepat pulut. Hebat anakku.
Tahun ni kita blaja buat ketupat palas pula, rupa rupanya sangat mudah brbanding anyam ketupat, cuma ketupat ni menggunakan beras pulut dan berintikan serunding daging. Seronok mencuba sesuatu yg baru


Gambar kat bawah ni, bibik bibik sedang berkerja keras siapkan segala keperluan utk raya. Alhamdulillah.... Bibik atok n bibik  mak-mak sedara telah meringankan beban kerja kita kat dapur. Kita yg tak ada bibik ni pon, tumpang senang.
Alahai.... Gambar kat bawah ni, akk sedang tunjukkan cara kopek kulit bawang putih dgn mudah, hanya isi dlm balang kemudian goncang dgn kuat. Tak nampak pulaa hasilnya sebab itulah akk ketawa, rasanya teknik tu sesuai utk bawang yg dah agak lama tersimpan.
Tahun ni, umi masak daging masak manis. Ni k. Ngah tengah tolong umi kat dapur.
Allah cucu manis umi ni, sedap agaknya daun ketupat tu.
Di petang hari, juadah buka puasa tersedia. Nampaknya rumah atok dah tak cukup ruang utk menampung jumlah cucu cicit yg semakin bertambah.
Malam raya, kita solat berjemaah, baca yasin n  takbir raya sekali
Pagi raya kita dah siap menuju ke masjid utk solat sunat.


Adik n ana sediakan sejadah



Balik dari masjid, sempat lagi duduk kat tangga.
Barisan sesi bermaafan... Waaa kita sedondon merah merun.
Dua orang cucu llki, memeriahkan hari raya tahun ni


Selesai bermaafan, agihkn duit raya.
Gamba kluarga kita tahunni



Ini dia juadah raya tahun ni.

Raya kedua, kita ikot rombongan majlis tunang utk cousin llki
Dari 3 dulang, jadi 5 dulang bila makcik sumbang utk hantaran


Abuya jadi jurucakap, majlis ni berlangsung kat tangkak je. Abis majlis kita, terus balik rumah. Dah dekat.
Hari raya ketiga, ahli keluarga menuju batupahat, ttpi umi tak berapa sihat.duduk ajalah kat rumah sbb tu tak ada gambar ketika berhariraya ke bp. 
Sempat juga berhariraya kat kuala lumpur. Menghadiri majlis kawen anak md, dewan yg cantik kat shah alam.Adik tak dpt turut serta. Siannya c kecik tu terpaksa bertungkuslumus blaja nak hadapi peperiksaan.sempat lagi ziarah adik kat uitm shah alam. Brtambah kurus nampaknya blaja undang undang ni. Teruskan usaha dik, tak pe kurus asal result examnya hebat.
Selesai kat convention city, terus ke rumah besan d bukit tunku. Tahun ni duduk kat kemah je kerana ada permaisuri sultan n. Sembilan kat dlm.

Dari rumah dato bandar kuala lumpur, yg terletak d puncak bukit Tunku, akn terlihatlah bangunan pencakar langit kuala lumpur. Setiap kali datang ke sini, mesti amik peluang utk bergambar.

Dah rasa mengantu
k sangat. Selamat mlm anakku.
Apapon ujian yg datang, yakinlah Allah sedang mendidik kita utk terus kuat dan gigih mencintainya.
Slmt mlm anakku
24.7.2017

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN