Family day 2017. TELUK BATIK LUMUT PERAK

Bismillahirrahmanirrahim.............. Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang, sesungguhnya itu pasti anakku. 

Hari keluarga tahun 2017 telah di adakan kat Teluk Batik Lumut Perak. Pertamakali jejak kaki kat sini, terasa jauhnya perjalanan dari rumah. Bertolak seawal jam 5 pagi, singgah kat masjid bandar ,solat subuh. Alhamdulillah musafirpun bermula, merancang utk sarapan kat seksyen 7 ketika menjemput adik tetapi Abuya ajak sarap kat rnr rawang. .....tutuplah pula. Adalah lebih baik utk makan minum d luar rnr highway ketika cuti hujung minggu d waktu perayaan atw  cuti sekolah kerana kesesakan akan berlaku terutama ke utara, dah ramai rakyat malaysia yg berkemampuan pergi bercuti sehingga membawa pada kesesakan ini. 
Akhirnya kita singgah sarapan kat bidor, susur keluar dari highway, pilihan makanan juga terhad, dah habis. 
Akhirnya kita sampai juga ke destinasi, sepanjang perjalanan kita melalui kawasan kampung. Lebih kurang jam 4.30 sampai kat apartment. Berhadapan dgn Apartment ni, Taman awam teluk batik, kwsan parking kereta yg luas utk para pengunjung pantai dan deretan kedai utk beli makanan, pakaian juga cenderahati. 


Ini lah kedai yg ada kat sana,selepas gerai gerai inilah kita dapat melihat pantai.
Mendaftar kat apartment, perut dah lapar, order nasi goreng.
Ruangtamu yg agak luas, bolh minta xtra tilam dgn kos 30rm.sewa apartment ni  250 satu malam,2 bilik tido berhawa dingin.
Beranda agak luas, x nampak pantai dari beranda ni, d tutupi olh deretan gerai. Bolh tahan juga jauh tuk jln kaki.


Dapur.

Unik meja makan ni, d letak pasir dan d hias dgn kulit hidupan laut.
Inilah pantainya, terdapat banyak pokok besar kat sini,bolh bentang tikar n duduk perati gelagat manusia jika tak nak mandi. Sesiapa yg nak sewa bot, ada d sediakan. Kita sewa benda alat tu, seorang 7 rm. Minima 5 orang.
Pertamakali juga naik banana bot ni, cukuplah sekali, sakitnya jatuh terhempas kat laut, walaupun hanya air tetapi d jatuhkan dgn sengaja dan kuat, bukanlah sesuatu yg selesa, bila cuba naik ke atas tak dapat kerana ada orang lain yg jatuh ke atas umi. Amik masa utk cari jalan ke atas sedangkan air dah masuk dlm hidung. Merasa gak perasaan orng yg hampir lemas, panik n bingung tak tahu cari jalan.

Comeynya anakku ini, cam kanak kanaklah pula, nak juga buat perigi kat pantai ni.

Cafe... D sediakan kupon sarapan 4 orang utk satu apartment, bolh byr 10 rm klau terlebih pengunjung.
Alhamdulillah, bolh sarap dgn selesa.
D hadapan apartmen ni trdapat kawasan tanah lapang yg agak luas. Kat sinilah kita adakan sukanneka keluarga.
Go... Go.... Jdt

Seronoknya tengok fateh melibatkan diri dgn sukaneka. Comelnya.

Pertandingan mumia.



Sblh petang, kita jenjalan kat pekan lumut, ada jeti kat sini, feri menuju ke pulau pangkor.

Sekadar berjalan jalan sahaja dan beli makanan ringan hasil buatan penduduk pulau pangkor. Banyak pilihan, makanan ringan d hasilkan dari ikan, sotong dan udang tetapi umi sangat suka dgn opak opak yg d hasilkn olh orng perak, sangat rangup, nipis dan lembut, menyesal pula tak beli banyak.
Smua ahli keluarga keluar mlm tu utk main bowling. Entahlah nak..... Tak dapatlah pula merasai nikmatnya bermain bowling. Sekadar meraikan ahli keluarga sahaja.


Kita berkumpul kat apartment atok utk solat berjemaah dan makan makan.
Penyampaian hadiah juga kat sini.
Hari keluarga utk kita bertemu sesama ahli keluarga anakku, libatkan diri dalam setiap program yg d anjurkan, bukanlah utk menunjuk sape yg hebat ataw sebaliknya tetapi utk menunjukkan sokongan pada ukhuwah keluarga yg mahu d tautkan. Prihatin dengan acara dan jadual program, bukan hanya menunggu arahan utk ke sana dan sini tetapi jadilah insan yg prihatin .
Telah tiba masanya utk kamu generasi baru yang memikul tanggungjawab memikirkan kesatuan ukhwah keluarga.sekiranya mahu hidup tanpa masyarakat, carilah bahagian bumi ini tanpa penghuninya.
Kat mana pun kita pergi... Bayangan keluarga tidak pernah lupus dari hidup kamu anakku, jadilah orang yg sentiasa memberi...... tak mampu dgn wang ringgit, ringankan tulang utk membantu, hanya dgn cara itu kamu dpt merasakan betapa indahnya hidup ini.
Salam asar anakku.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN