Kolam Air panas bemban jasin melaka 2017

Bismillahirrahmanirrahim...........
Perjalanan ke jasin, tanpa perancangan dan tramatlah singkat. Ketika melayari fb, terlihat kunjungan orng lain ke kolam air panas jasin,tetiba teringin pula melihat tempat tu, sementara kamu masih ada kat umah menemani ummi.
Tak sampai sejam perjalanan menuju ke sana, kolam air panas yang terletak di kawasan perkampungan orang melayu.
Kol 11 pagi kita dah sampai kat sana, pengunjung tak ramai pon, mungkin kerana kita memilih hari khamis, utk mengunjungi tempat ni.
Bolh je parking kat tepi jalan di kwsan perkampungan ni, tak ada bayaran pon.
Kat kaunter ni trdapat kerusi utk menunggu giliran beli tikit. Satu kepala, 10rm utk tikit masuk ke kolam air panas dan kawasan mandian air sejuk. Jika kita memilih kolam air panas je, bayaran yg di kenakan 6 rm seorang.

Dari pintu masuk, kita dah dapat tengok kolam air yg besar ni.
Di bahagikan pada beberapa bahagian, kat kolam air sejuk, terdapat mini waterpark. Kanak kanak pasti sgt suka.
Tangga menuju ke kwsn air panas, hati hati dgn kecuramannya. Agak licin bila lantai basah.
Ni dia kolam airpanas yg d buat berpetak petak. Klau mahukn air yg bersih, datanglah d waktu pagi, menjadi pengunjung terawal,airnya masih bersih, semakin bertambah pengunjung, air kolam lebih tercemar kerana kawasan rendaman ni kecil je.
Kemudahan asas ada kat sini, kerusi meja, tandas, tempat persalinan baju dan bolh juga bawa tikar kalau nak makan makan kat dalam ni. Tak ada larangan pun.
Hihi... Selesa bawa anak kecil kat tempat kecil ni, tak risau dgn keselamatan mereka. Terdapat gak kolam air panas yg lebih besar dari ini cuma umi tak amik gambarnya.,di sediakan juga tempat mandian utk wanita di dlm bilik khas.


Waterpark lebih besar banding kolam air panas tetapi tak tahan pula dgn kesejukan air tu.

Dalam kol 2 petang kitapon gerak balik ke rumah.
Alhamdulillah, walaupun tempat ni begitu
Sederhana, tetap terasa seronok bersama dgn kamu anakku.
Selamat mlm anakku.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN