Pembedahan gigi berlapis. Julai 2018
Bismillahirrahmanirrahim.............. .....
Melihat gigi anak bongsu ku yg berlapis dan terhimpit antara satu sama lain, membawa pada temujanji dgn doktor gigi untuk pemasangan pendakap gigi. Ternyata bukan sesuatu yg mudah, lebih baik mulakan ketika usia masih muda.
X-RAY.
Selesai temujanji dengan doktor gigi, kena hadir satu lagi temujanji dengan juru xray kat hospital besar. Setiap temujanji, sekiranya di ukur dari waktu bertolak dari rumah, cari parking, pendaftaran, menunggu giliran dan perjalanan balik semula ke rumah, amik masa setengah hari.
Hasil xray terlihat kedudukan gigi,ternyata gigi taring ana membesar dalam gusi, tak ada ruang untuk keluar,gigi susu masih ada walaupun dah berusia 15 tahun. Hmmmm... Umi yg trlepas pandang bab ini,cuma ummi merasakan anak gadis ummi tampak manis dengan senyuman gigi berlapis.
Gigi yg berlapis menyukarkan proses pembersihan gigi. Lebih baik, d susunatur dgn pemakaian braces. Walau cantik, harus d lepaskan. Ummi selalu menyatakan anak ummi punya gigi taring seperti pontianak, kelihatan tajam, runcing n comel.
PENDAFTARAN
Selepas mendaftar d bhgn jabatan mulut, ana d bawa masuk dalam wad. Hihi... Pertama kali menyarung baju hospital, lawak pula melihat ana. Pelik melihat ankku yg sihat segar bugar duduk atas katil pesakit.
Ummi tinggalkan ana sebentar, untuk mengambil barang keperluan terutama buku buku sekolah. 3hari dua mlm kat wad 6.
Pesakit mata dan gigi, d tempatkan dalam satu bilik. Kelihatan smua pesakit dalam wad sihat termasuk ana,hanya menanti saat utk ke dewan bedah. D sebabkan ana berada dalam kondisi yg sihat, rohani dan jasmani, umi baliklah bermalam kat rumah. Dalam bilik itu pon, bukan ada kemudahan utk rehat tido,tak mohonpon untuk bilik first clas, rasanya tak ada keperluan.
Gambar kat atas tu, jiran sblh katil.Dia keseorangan tanpa ada anak dan suami dah kembali ke rahmatullah. Hanya ana seorang pesakit remaja. Umi pon tak bimbang tinggalkan ana seorang kat hospital, persekitaran yg bersih n selamat. Kakitgn yg sungguh peramah.
Selesai sediakan makanan utk ana, umi balik k rumah sebelum maghrib. Jam 2 pagi, ana d kehendaki berpuasa sehinggalah pembedahan selesai.
HARI PEMBEDAHAN
Di awal pagi, keesokannya, ummi bergegas ke hospital. Sempat jumpa,Ana masuk ke Dewan bedah pada jam 7.30 pagi sehinggalah habis pada jam 11 pagi.
Selesai pembedahan membuang gigi taring, kelihatan bibir dan pipi yang bengkak.Tak d benarkan makan sehinggalah petang. Alhamdulillah... Ana sungguh kuat sebenarnya, tak dengar pon ana mengeluh n merintih sakit. Gamba kat bawah ni, ana dah mula tersenyum melihat makanan yg terhidang d hadapan. Umi bercadang akn temankan ana selepas pembedahan tetapi ana minta umi balik berehat kat rumah je. Memang ana kuat, dia habiskan masa kat wad, dengan mengulangkaji pelajaran.
Masih kelihatan ucapan raya kat wad ni.
Tiga hari dua malam kat wad enam, tak dengar pon ana mengeluh sakit, kesan dari luka bedah. Doktor beri cuti dua minggu. Hmmmmm.... Banyaklah pelajaran yg tinggal. Selesai dua minggu, kembali semula jumpa doktor untuk buang benang jahitan.
Selesai pembedahan mencabut gigi taring.
Pelajar ataw anak pesara kerajaan tidak di kenakan sebarang bayaran.
Alhamdulillah... Allah mudahkan urusan kita. Sentiasa ingatkan diri sendiri, bantuan Allah bukan hanya meleraikan masalah yg bersimpul tetapi segala urusan yg di mudahkan... Tanda kasihsayang Allah kat hambanya.
Alhamdulillah.
Selamat malam anakku.
Comments