Posts

Gubahan Hantaran perkahwinan simple

Image
Bismillahirrahmanirrahim.......... Gubahan hantaran anak kedua, di gubah olih akak. Tema warna kuning. Di sebabkan masalah jarak yg jauh, pihak lelaki meminta k. Ngah gubah barang hantaran mereka. Inilah hasilnya.... Hantaran warna kuning hasil karya akak manakala merah hasil karya  kak ngah. Makanan sunnah. Set wangian Talipinggang dan wallet Tafsir Gubahan hantaran untuk pengantin perempuan. Kotak duit hantaran.  Alhamdulillah. 2019.

Persediaan Majlis nikah sederhana,k.ngah.

Image
Bismillahirrahmanirrahim................................ Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Sesungguhnya hanya dialah yang berhak kita sembah. PEMILIHAN TARIKH DAN MASA.   majlis nikah antara anak lelaki dan perempuan berbeza sedikit. Lebih banyak persediaan untuk anak perempuan kerana kat rumah ibubapa pengantin perempuan  itulah majlis akad di langsungkan. Itu adatnya tetapi ada juga majlis nikah di laksanakan di rumah lelaki,dan sekarang lebih ramai ibubapa yang mahu majlis nikah di langsungkan kat masjid. Ummi dan Abuya masih memilih rumah sendiri, kerana di sanalah terciptanya kenangan. Melihat rumah ini di gunakan sepenuhnya dengan aktiviti keluarga,satu kebahagiaan anakku.  Pertama sekali, memilih tarikh dan tahun. Setelah di persetujui bersama kita pilih tema warna. Seharusnya, warna putih untuk busana pengantin,veil warna putih dengan sulaman manik berwarna mutiara.menjahit baju pengantin,  Kena mulakan sejurus selepas...

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN

Image
Bismillahirrahmanirrahim................................ Duhai anak anakku, majlis kawen perlukan persediaan rapi dan penelitian khusus untuk mengelakkan keadaan kelamkabut pada hari majlis kelak.keadaan yang tak mampu di kuasai olih tuan rumah menjadi sebab majlis kucar kacir dan menjadi bahan untuk di persalahkan. Selesaikan  masalah dengan melakukan persediaan sebaik mungkin mengikut kemampuan kewangan poket masing masing.  PERSEDIAAN AWAL.  ........................................ 1. PERALATAN HANTARAN.  Hantaran atau hadiah untuk pengantin, tak wajib ada tetapi adatnya begitu,tak d buat menimbulkan tandatanya dan pelbagai soalan yang letih untuk di jawab. Sebenarnya,Terasa kosong bila harus datang ke rumah orang tanpa buah tangan.Itulah kehalusan budi orang johor anakku.  Hantaran......usahakan d beri dalam keadaan yang sedap mata memandang.  Alat alat untuk menghias hantaran, ummi dah beli ketika akak berkahwin. Tersimpan kemas d...