Hari hari terakhir bersama bapa. 15.4.2019

Bismillahirrahmanirrahim................ 10.4.2019 ummi kembali ke tanahtumpahnya darah. Mendengar khabar bapa ummi sakit d masukkan ke hospital queen elizabeth, wajiblah utk ummi ziarah berjumpa mohon maaf sebelum terbit rasa sesal d hati. Bapa ummi pon dah berusia 84 tahun. 
 Setelah beberapa lama bapa merasa sakit dan selalu kembung perut, doktor mengesahkan bapa ada ketumbuhan kat usus. Selesai pembedahan, bapa ummi berhadapan dgn jangkitan paru paru. Normal utk orng  yg sihat utk batuk membuang kahak d dada tetapi utk warga emas dgn pelbagai sakit dan menjalani pembedahan buang ketumbuhan, terlalu sukar utk bapa melakukan rutin itu. Dlam erti kata yg lain, bapa tak bertenaga.  walau para doktor masih yakin bapa bolh terus hidup jika rajin senam utk kuatkan paru paru dan berusaha utk batuk, bila sampai waktunya... Semua teori hanya tinggal teori semata,ajal maut setiap insan sudah tertulis. Redha dgn segala ketentuan, kita yg sihat ini pon tak rajin nak senaman, inikan pula bapa ummi yg memang dah lama sakit. 
Gambar kat bawah, hari pertama ummi brtemu bapa d hospital. Ketika ini, bapa masih lagi bolh menggerakkan tangannya memegang kepala ummi. Masih mampu bercakap walaupun terlalu sukar.,cuma kondisinya semakin sukar setiap hari. 
Bila adik beradik berkumpul, kami bacakan yasin, itu lebih baik dari bersembang kosong semata mata.

Antara sedara mara ummi yg datang,ziarah kat hospital. Nampak luas bilik ini kerana hanya ada dua orang pesakit, sebab itulah bilik ini d kosongkan tambahan pula bapa berada dalam wad kritikal, penjagaan rapi 24jam.

Inilah kerusinya yg ummi cantumkan utk tidur d malam hari ketika menjaga bapa. Memanglah tak tidur, nyenyak kerana setiap masa jururawat dan doktor bersilih ganti mencuba berbagai cara utk keluarkan kahak yang ada d dada bapa.
Gambar kat bawah, Mesin bantuan alat pernafasan. Setelah hampir seminggu kat hospital, doktor mulakan langkah lebih agresif untuk selamatkan bapa. Bermula dari jam 11 malam sehingga 2.30 pagi, mereka cuba membuatkan bapa memberi kerjasama menyedut kahak d dada tetapi bapa tetap tak izinkan salur tiub itu masuk melalui mulutnya. Proses itu menyakitkan anakku sebab itulah bapa tutup saluran kat sblh dalam kerongkong. Kegagalan memberikan rawatan, bererti semakin sukarlah utk bernafas.proses itu di lakukan berulangkali,cuba dan mencuba secara paksa memasukkan salur tiub ke dalam kerongkong,habis usaha paksa, dengan pujukan. Gagal juga akhirnya. Doktor juga meminta ummi pujuk bapa untuk berikan kerjasama. Ummi juga tak berhasil.
cikgu lasimin,sepupu dua kali ummi,datang ke hospital lebih kurang jam 1.30 tnghari,selepas 3jam bapapun pergi utk selamanya. Hanya ummi n hilmi kat sisi bapa ketika itu. Sempatlah ummi bisikkan kalimah lailahaillallah kat telinga bapa. Moga Allah ampunkan dosa kedua ibubapa ummi.
Setiap kali doktor berikan rawatan, mereka tutup pesakit dngn langsir.mereka beritahu Setiap perkembangan, selepas gagal memasukkan alat tiub ke dalam salur kerongkong, mereka beri obat penenang kat bapa dan beritahu kat ummi ,dah sampai masanya utk bapa, hanya tunggu saat d panggil.
Jam 4.30. 15.4.2019 bapa ummi pergi utk selamanya.Allahuakbar...hanya berselang 25 hari dgn pemergian adik ummi zatul hejanah.
Persiapan urusan jenazah di lakukan kat rumah d kampung ummi.



gambar kubor kat sana, adik ummi. Nurhassan.
Arwah nenek ummi.
Aki ataw datuk ummi.


Sampai masanya, kita akan menyusul,tidak ada keraguan tentang ini, tapi entah kenapa... Terlalu sukar menaik taraf amalan ibadah seperti orang orang soleh, masih lagi membara cinta dunia ini. Berdoalah anak anakku, moga Allah mengetuk pintu hati kita, menghadiri majlis majlis ilmu. 

Selamat mlm anakku. Salam ramadhn.
2019.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN PHILIPS PRESSURECOOKER.

Hari pendaftaran INTEC(international education college)

PERSEDIAAN AWAL MAJLIS KAHWIN